Buruknya Perangai Orang PKR Ni....Saman fitnah Hadi: Permohonan bekas calon PKR bagi kebenaran merayu, ditolak

PUTRAJAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bebas daripada saman fitnah RM2 juta yang difailkan bekas calon PKR bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan di sini hari ini yang menolak permohonan Mohd Shamsul bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan, dalam usaha membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 16 Dis tahun lepas menolak saman fitnah Shamsul terhadap Abdul Hadi dan Mahkamah Rayuan pada Mei lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel itu turut memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Anggota Parlimen Marang berkenaan.

Dua lagi anggota panel ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abu Samah Nordin.

Mohd Shamsul menyaman Abdul Hadi selepas mendakwa Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan fitnah semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang, pada 22 April 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam ceramah menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu, telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon pilihan raya dan ahli perniagaan.

Mahkamah Tinggi ketika menolak saman Mohd Shamsul itu memutuskan plaintif (Mohd Shamsul) gagal membuktikan bahawa kata-kata yang didakwa diucapkan oleh Abdul Hadi sebenarnya merujuk kepada beliau.
Mohd Shamsul bertanding mewakili PKR bagi DUN Bukit Besi, Terengganu pada PRU13.

Mohd Shamsul diwakili peguam A. Vasudevan dan V. Saravanan manakala  peguam Datuk Takiyuddin Hassan mewakili Abdul Hadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana