Bukan semua pengundi Cina sokong DAP - PAS

PAS mengingatkan DAP bahawa bukan semua masyarakat Cina di negara ini mmenyokong DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ini berdasarkan kaji selidik dijalankan PAS selepas parti itu mengesahkan telah memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya Jun lepas.

"Jangan ada tanggapan semua orang Cina sokong DAP...DAP juga tidak boleh menganggap dia mendapat sokongan (seratus peratus) daripada masyarakat Cina (ketika ini)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap parti itu selepas PAS tidak menyertai Pakatan Harapan yang ditubuhkan pada minggu lepas dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Mohd Amar mendakwa bukan semua masyarakat Cina marah kepada PAS selepas parti itu tidak lagi menjalin sebarang kerjasama dengan DAP.

"Dalam konteks masyarakat Cina di Kelantan, masih elok hubungan (masyarakat itu) dan (mereka) masih menyokong PAS. (Ia berdasarkan) kaji selidik yang kita buat.

"Ada (dakwaan) yang cakap bila PAS berpecah dengan DAP sekaligus menyebabkan masyarakat itu menolak PAS, itu tidak betul. Bukan semua yang marah kepada PAS," katanya.

Ditanya mengenai hasrat Amanah untuk bertanding di enam kerusi Parlimen di seluruh negara termasuk Parlimen Kuala Krai, Mohd Amar berkata segala kenyataan yang dibuat oleh pihak penaja parti itu adalah bohong semata-mata.

"Dulu dia (Amanah dakwa) tidak akan ganggu PAS di Kelantan. Kalau betul-betul mereka nak bantu PAS, dia patut biar PAS (sahaja) bertanding di Kelantan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana