Biar Betul Ni...Kajian dapati jentera PAS lumpuh di Johor....Adakah Ini Semua Untuk Menakutkan PAS?

Satu kajian yang dibuat oleh badan bebas yang dekat dengan kepimpinan PAS mendapati penubuhan Parti Amanah, terutamanya di Johor, menyebabkan pergerakan parti menggunakan gelaran Islam itu lumpuh.

Kajian Ilham Centre mendapati pemimpin pengganti PAS di Johor tiada pengalaman untuk menerajui parti berkenaan.

"Kedudukan PAS goyah biarpun mereka mendakwa tidak terkesan (dengan penubuhan Amanah) kerana semua perjawatan diganti dengan individu lain.

"Menyedari hakikat itu, individu yang jadi pengganti tiada pengalaman, tidak pernah berorganisasi malah tidak pernah menggerakkan PAS di peringkat negeri mahupun cawangan," kata Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomudin Bakar pada Rabu.

Astro Awani melaporkan Hisomudin berkata, PAS dilihat tidak mampu beroperasi secara formal sepertimana pilihan raya sebelum ini memandangkan tokoh yang menggerakkan parti itu kini sudah tiada.

Hasil daripada kelemahan yang ada pada pembangkang ketika ini, UMNO dianggap mempunyai peluang baik untuk mengukukuhkan kedudukan di selatan Semenanjung.

"Biarpun wujud parti baharu dengan jenama baharu dan pola pengundian orang Melayu yang sukar berubah, keadaan ini memberi kelebihan pada UMNO walaupun UMNO sendiri kini dibebani pelbagai isu," katanya.

Malah, pemikir strategi UMNO dinasihat agar terus berusaha untuk memenangi hati rakyat.

"Kalau UMNO gagal yakini pengundi, mungkin berlaku undi protes yang menjadi bonus buat pembangkang.

"Dari situ, kejayaan parti pembangkang bukanlah hasil kekuatan mereka, tetapi akibat kegagalan UMNO untuk mengurus krisis dan juga apa yang berlaku pada parti pemerintah sekarang," tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana