Berhati-Hati ‘Tangan Ghaib’ Gugat Perpaduan

PONTIAN 3 Okt – Pemimpin Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya berhati-hati dengan ‘tangan ghaib’ yang mahu menghancurkan perpaduan dalam kalangan parti komponen seperti dialami pakatan pembangkang sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemuafakatan sejak zaman Perikatan yang memperjuangkan nasib rakyat berbilang kaum harus dipertahankan supaya pemimpin BN tidak terperangkap dalam usaha pihak yang cuba meraih sokongan kaum tertentu sahaja.

“Tangan ghaib ini bukan sahaja cuba mendominasi percaturan politik dalam parti pembangkang tetapi cuba untuk menghancurkan perpaduan dalam kalangan pemimpin BN dengan memainkan isu perkauman.

“Perkara yang dibangkitkan berbahaya kepada keharmonian kaum terutama apabila isu berkaitan kaum dan agama mula disentuh,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Dialog Nasional bersama pemimpin tempatan di Kompleks Usahawan, di sini semalam.

Yang turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Muhammad Ahmad; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman dan Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Pontian, Datuk Zamrud Misdi.

Beliau mengulas desakan MCA dan Gerakan supaya DAP tampil memohon maaf atas tindakan yang didakwa memainkan api perkauman sehingga membawa kepada polarisasi sosial dan ketegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menambah, tindakan sedemikian perlu dihentikan kerana rakyat inginkan sebuah kehidupan yang aman dan damai bukan untuk berbalah.

“Sebelum hubungan antara kaum menjadi bertambah meruncing, ambil tanggungjawab terhadap peserta perhimpunan Bersih 4.0 yang jelas melakukan penghinaan kepada kaum tertentu. Pemimpin Melayu juga jangan diperalat untuk memusnahkan agama untuk mengambil hati pemimpin atasan.

“Walaupun berbeza fahaman politik, mereka tidak perlu menjadi ‘juara’ dengan menimbulkan isu yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan agama di negara ini. Ini termasuk golongan muda Melayu yang dipilih sebagai pemimpin sedangkan ia bersifat muslihat politik semata-mata,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana