Belum Memerintah Malaysia Lagi Tu....Jumpa keseluruhan jawatankuasa khutbah, bukan saya seorang - Mufti Pahang

SHAH ALAM: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan sebarang pertemuan dengan DAP berhubung isu teks khutbah Aidiladha, perlu turut membabitkan keseluruhan Jawatankuasa Khutbah.

Abdul Rahman berkata, ini ekoran teks khutbah tersebut telah diluluskan oleh jawatankuasa berkenaan, walaupun ia dibaca oleh beliau.

"Jawatankuasa khutbah ini (di bawah) Jawatankuasa Majlis (Agama Islam Islam dan Adat Resam Melayu Pahang), kalau majlis bersetuju, bermakna terpulanglah, tetapi bukan berjumpa dengan saya seorang tetapi berjumpa dengan seluruh jawatankuasa.

"Kalau dia jumpa saya tak jadilah, sebabnya saya sebagai pengerusi sahaja.

"Maknanya keputusan khutbah itu dikeluarkan atas keputusan ramai," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang memutuskan untuk menangguhkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung teks khutbah tersebut yang didakwa memfitnah parti berkenaan.

Tengku Zulpuri dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam  berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Mufti negeri itu bagi mengadakan perbincangan dan meminta penjelasan berhubung isu berkenaan secara berhemah.

Bahkan dalam perkembangan yang sama, Abdul Rahman berkata jika DAP Pahang terus mahu menyaman jabatan tersebut, mereka perlu melakukan tindakan yang sama kepada semua pihak yang ada kaitan dengan khutbah tersebut.

"Kalau dia hendak saman, dia bukan sama jawatankuasa Mufti sahaja tetapi dia kena saman jawatankuasa khutbah negeri Pahang yang dilantik dan diperkenan di atas Tuanku," katanya.

"Sebenarnya khutbah itu ianya dibuat dan diluluskan oleh jawatankuasa-jawatankuasa negeri Pahang yang dipengerusikan oleh saya (Mufti).

"Maka khutbah yang dibaca itu jelas sebenarnya tidak ada isu seperti yang disebut dalam khutbah itu tentang bersatu, perlu bersama dengan parti Islam dan jangan kita bersama dengan orang bukan Islam.

"Bukan tidak boleh bersama dengan orang bukan Islam Islam, kalau hendak bersama dengan orang bukan Islam yang tiada bantahan terhadap kita, bolehlah... tetapi kalau dia ada satu polisi yang tidak bersetuju dengan Perlembagaan yang ada, jadi dia salah la," katanya.

Abdul Rahman berkata jika DAP Pahang mahu meneruskan hasrat untuk berjumpa Jabatan Mufti, beliau akan tetap menasihatkan perkara yang sama kepada Tengku Zulpuri sebagai orang Islam.

"Kalau hendak jumpa pun, apa yang hendak dibincangkan lagi?

"Kita buat itu berdasarkan Al-Quran dan hadis, makna apa yang disebut itu jelas, hendak bincang apa lagi?," katanya lagi.

Untuk rekod, semalam Tengku Zulpuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab berkata pihaknya akan menghubungi Jabatan Mufti Pahang bagi mendapatkan maklum balas berhubung hasrat mereka yang mahu mengadakan pertemua dua mata tersebut.

Tengku Zulpuri berkata pendekatan itu diambil selepas meneliti pandangan yang dikemukakan oleh banyak pihak termasuk daripda peguam, ilmuan Islam dan rakan seperjuangan berhubung perkara berkenaan.

Tengku Zulpuri sebelum ini memberi masa selama lima hari untuk JAIP memohon maaf secara terbuka serta menarik balik teks khutbah tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun Mufti Pahang menegaskan tidak akan tunduk kepada tuntutan DAP itu sambil menegaskan teks khutbah tersebut tidak langsung berbaur fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana