Bekas Presiden MCA nak berentap dengan PM di mahkamah pertahan dakwaan...Ada Duit Boleh Lah...Kalah Bayar jer

Tun Dr Ling Liong Sik memilih untuk berentap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah kerana tetap nak pertahan dakwaanya Perdana Menteri mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya.

Dakwaan bekas Presiden MCA itu dipercayai merujuk kepada wang RM2.6 billion yang sudahpun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM ) ia sumbangan derma dari penderma dari Timur Tengah.

Wang itu juga sudah disahkan bukan wang milik 1MBD.

Tidak pasti bagaimana Dr Ling hendak mempertahankan dakwaan berkenaan berasaskan fakta berkenaan.

Beliau mengeluarkan satu kenyataan Rabu tidak akan memohon maaf atas dakwaanya dan hendak bersemuka dengan Najib di mahkamah.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf.

"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda,”katanya.

Ini susulan dari surat tuntutan Perdana Menteri menerusi peguamnya beri bekas Menteri Pengangkutan itu tempoh tujuh hari untuk memohon maaf jika tidak berdepan tindakan undang-undang.

Dr Ling membuat dakwaan itu pada satu majlis di di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.

Beliau dilaporkan berkata ,"Saya setuju dengan Mahathir. Kerana, beliau mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya”.

Selain dari kenyataan rasmi SPRM mengenai wang RM 2.6 billion itu,Perdana Menteri sendiri berulang kali telah menjelaskan mengenai wang berkenaan.

Malah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri memberitahu beliau sudah berjumpa dengan wakil penderma wang RM2.6 billion itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana