Bekas Polis Ditangkap Pecah Rumah Ditelanjangkan

PASIR MAS 6 Okt - Seorang lelaki yang juga bekas anggota polis patah tulang rusuk selain cedera di muka, apabila dipukul sekumpulan penduduk kampung ketika cuba merompak sebuah rumah di Rantau Panjang, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek berusia 36 tahun itu bersama dua rakannya dikatakan memecah masuk rumah penduduk kampung sebelum kejadian itu disedari pemilik rumah dan penduduk.

Suspek kemudiannya dipukul penduduk kampung sehingga cedera sebelum ditelanjangkan, sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kesemua suspek sudah ditahan.

Katanya, suspek diberhentikan kerja sebagai anggota polis sejak empat tahun kerana terbabit dalam banyak kes berkaitan jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana