Baca Dulu Lah.....Khairy Jawab Isu Perjanjian TPPA

KUALA LUMPUR 6 Okt - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyangkal bahawa Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bersama Amerika Syarikat.

Menerusi laman twitternya, beliau menegaskan, pihak yang menyebarkan maklumat tidak tepat itu sewajarnya mengetahui bahawa perjanjian tersebut mesti dahulu dibawa ke Malaysia menerusi Sidang Parlimen sebelum ditandatangani.

Selain itu, KJ juga turut menekankan ada perbezaan antara bersetuju & menandatangani TPP.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Sri Mustapha Mohamed tampil memberikan kenyataan berhubung perkara itu.

Dalam kenyataan yang mempunyai 10 'point' itu, Mustapha menekankan bahasa Malaysia masih lagi belum menandatangani perjanjian terbabit walaupun banyak perkara yang sudah dipersetujui.

Menurut beliau, TPPA masih lagi perlu melalui Parlimen Malaysia sebelum ditandatangani.

Tegas Mustapha juga, pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk mengambil kira kebimbangan dan sensitiviti di Malaysia seperti isu bumiputera.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana