Azmin lulus tiga projek lebuh raya tanpa beritahu PKR...Rupa Rupanya Ada Agenda Nak Burukkan BN

Rakyat akan kata Barisan Nasional yang naikkan TOLL...rupa rupa kerajaan Selangor yang pulung duit TOLL.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menjelaskan dakwaan beliau meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu tanpa memaklumkan kepada parti.

"Jumaat ini kita ada perbincangan bajet Selangor. Saya akan minta penjelasan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Azmin secara unilateral, alasan yang sama yang menyebabkan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digugurkan.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli Isnin lalu berkata, Azmin akan dipanggil bagi memberi penjelasan bahawa beliau bertindak secara unilateral dalam meluluskan projel Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur ( EKVE).

"Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat tetapi saya akan bangkitkan perkara itu pada mesyuarat dalaman kami untuk mendapatkan pengesahan daripada menteri besar sama ada beliau beri kelulusan," kata Rafizi yang dipetik oleh Sinar Harian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana