Apa Hal Plak Dia Ni.....Mufti Perlis sokong Pulau Pinang larang guna pembesar suara di masjid

SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mempertahankan keputusan larangan penggunaan pembesar suara bagi bacaan selain azan, di masjid dan surau di Pulau Pinang.

Katanya, ia selaras dengan syariat Islam yang menyatakan bacaan yang perlu dilaungkan hanyalah azan.

"Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain," ujarnya dalam satu posting di laman Facebook rasmi beliau.

Beliau turut menghuraikan sebuah hadis Nabi Muhammad yang menyebut baginda melarang meninggikan suara bacaan di masjid sehingga mengganggu mereka yang lain yang sedang beribadah.

Mohd Asri berkata, walaupun bacaan al-Quran dan zikir amat baik namun tidak sewajarnya ia dilihat seolah 'memaksa' agar orang lain untuk mendengar bacaan berkenaan.

"Ramai orang bukan Muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara.

"Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit,"ujarnya.

Malah tambah Mohd Asri, larangan tersebut turut disebut oleh beberapa ulama terdahulu kerana mengambil berat soal ketenteraman masyarakat lain.

"Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Isu larangan penggunaan pembesar suara di masjid di Pulau Pinang menjadi kontroversi apabila keputusan mengenai hal itu akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat yang memetik minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana