Antara SOSMA dan penahanan tanpa bicara ISA zaman Mahathir…

"Setidak-tidaknya Khairuddin dan Matthias akan dibicarakan bagi mereka mempertahankan diri dan jika didapati tidak bersalah, mereka akan dibebaskan”.

Itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai respons berikutan sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin berhubung penahanan bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam beliau, Matthias Chang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mereka berdua telah dihadapkan ke mahkamah Isnin atas dakwaan cuba sabotaj sistem perbankan dan kewangan Negara.

Sidang akhbar Bekas Perdana Menteri di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya disertai oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal,Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah,bekas Menteri Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Dr Mahathir berkata penahanan mereka berdua merupakan penyalahgunaan serta tidak menghormati undang-undang, dan menambah, satu-satunya jenayah yang dilakukan mereka berdua adalah bercakap benar.

Menerusi laman blognya,Salleh mengingatkan Dr Mahathir bahawa terdapat banyak kes apabila individu ditahan, didakwa dan disabitkan kerana bercakap benar semasa beliau memegang jawatan perdana menteri.
Salleh berkata: "Dr Mahathir, dalam banyak-banyak orang, seharusnya tahu bahawa kebenaran adalah subjektif dan hanya disebabkan seseorang itu bercakap benar tidak bermakna dia tidak melanggari undang-undang.

"Dr Mahathir mesti diingatkan tentang banyak kes semasa zaman beliau apabila orang yang bercakap benar ditahan, didakwa dan disabitkan disebabkan jenayah kerana bercakap benar," katanya.

Memetik kes tokoh pembangkang Marina Yusoff sebagai contoh, Salleh berkata Marina disabitkan dan dijatuhi hukuman mengikut Akta Hasutan pada tahun 2000 kerana bercakap benar dan dalam keputusannya, hakim berkata hanya disebabkan bercakap benar, itu tidak bermakna beliau tidak bersalah dalam melakukan jenayah.

"Semasa era Dr Mahathir sebagai perdana menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap penentang dan pengkritik kerajaan tanpa dibicarakan.

"Pada 2001, sepuluh penyokong (bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim ditahan tanpa dibicarakan berhubung dakwaan bahawa mereka adalah pengganas," katanya.

Salleh berkata enam daripada mereka ditahan selama dua tahun dan mahkamah kemudian memutuskan bahawa mereka bukanlah pengganas dan tahanan mereka itu tidak sah.

Salleh berkata biarlah perbicaraan itu kelak yang menentukan sama ada apa yang diperkatakan Khairuddin dan Matthias adalah benar.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan kini ditahan di bawah SOSMA, yang tidak membenarkan mereka diikat jamin.

Turut sama mempersoal kritikan Dr Mahathir terhadap pengunaan SOSMA terhadap Khairuddin dan Matthias Chang ialah Pengarah Strategik BN,Datuk Rahman Dahlan.

Katanya orangramai masih ingat mengenai pengunaan ISA termasuk penahanan tanpa bicara 106 orang pada tahun 1987 semasa 22 tahun pentabiran bekas Perdana Menteri itu.

Menurut Rahman berbeza dengan ISA kedua Khairuddin dan Matthias berpeluang mengadap mahkamah.

“Biarlah mahkamah tentukan samaada mereka bersalah atau tidak,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana