Amerika hantar kapal perang ke pulau buatan China

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menghantar sebuah kapal perang yang lengkap dengan peluru berpandu menghampiri sebuah pulau buatan yang dibangunkan China di Laut China Selatan Selasa,
kata pegawai pertahanan AS.

Langkah berkenaan dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan di kawasan perairan strategik itu.

Penghantaran kapal perang itu ke kawasan di luar garis 12 batu nautika, had wilayah China di kepulauan itu, pasti akan membangkitkan kemarahan Beijing yang mana bulan lalu negara itu sudah menyatakan tidak akan membenarkan mana-mana negara menceroboh wilayahnya di Kepulauan Spratly, di mana China sudah membina tujuh pos kawalan.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata, Kapal USS Lassen belayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari Terumbu Subi dan rondaan itu berlangsung selama beberapa jam yang turut membabitkan Terumbu Mischief.

Mengikut pegawai itu, penghantaran kapal perang ke kawasan itu akan menjadi permulaan kepada satu siri cabaran terhadap usaha tuntutan wilayah China di perairan itu, antara yang tersibuk di dunia.

Menteri Luar China, Wang Yi, berkata Beijing akan mengesahkan sama ada kapal AS sudah memasuki zon 12 batu nautika.

"Jika benar, kami menasihatkan AS untuk berfikir dua kali sebelum bertindak, bukan bertindak secara membuta tuli atau membuat masalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana