Ambilalih aset PAS: Idris Ahmad bidas tindakan Amanah Johor

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Idris Ahmad membidas tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor yang bertindak mengambil alih beberapa aset milik parti itu.

Menurutnya, harta yang telah diwakafkan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian yang boleh difaraidkan.

"Waqaf ialah berhenti,menahan, menghalang. Ertinya harta tersebut ditahan hak pewaqaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah"

"Apabila waqaf khas seperti orang waqaf kepada PAS, maka ia milik Pas. Kalau orang waqaf untuk sekolah, maka ia hanya milik sekolah." ujar beliau dalam laman web PAS.

Situasi itu jelas mencerminkan parti itu kini mula bercakaran dengan Amanah yang ditubuhkan oleh serpihan PAS 16 September lalu.

Semalam Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed berkata PAS negeri akan mendapatkan nasihat perundangan mengenai tindakan Amanah Johor.

Mahfodz yang juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat berkata langkah itu perlu kerana aset-aset berkenaan adalah dibawah PAS hasil sumbangan wakaf.

"Aset ini bukan harta sepencarian kerana pada asalnya sumbangan diberikan untuk Pas walaupun mereka sudah dapat surat dari pesuruhjaya sumpah, tetapi dari segi hukum ia adalah hak Pas.

"Kita masih belum buat keputusan tentang perkara ini ,tetapi kita akan muktamadkan dan membawanya ke mahkamah jika Pas mempunyai peluang untuk menang", katanya.

PAS Johor hari ini mendakwa Amanah mengambil dua markas PAS iaitu di Pontian dan Bakri Johor yang selama ini diwakafkan kepada PAS biarpun pemilik asalnya sudah menyertai Amanah.

"Bangunan atau tanah yang diwakafkan kepada Pas bukan lagi milik individu, ia sudah menjadi milik masyarakat kerana ia dibangun hasil sumbangan orang ramai.

"Tidak wajar bangunan itu ditukar milik walaupun pemiliknya melompat parti. Dari segi hukum itu tidak betul, sudah tidak amanah. Jika dia keluar Pas akan ada orang yang menggantikan tugasnya", katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hasan dalam facebook Amanah berkata hak milik aset berkenaan masih milik ahli Amanah biarpun sudah diwakafkan kepada PAS.

Maka ahli berkenaan berhak untuk memberikan kepada sesiapa sahaja yang dihajati beliau, katanya.

"Bangunan yang didirikan diatas tanah adalah mengikut definisi Tanah dlm Kanun Tanah Negara (KTN) dimana bangunan yang terdapat diatas tanah adalah menjadi sebahagian daripada tanah. Dengan kata lain hakmilik keatas bangunan adalah merujuk kepada pemilik tanah tersebut.

"Panduan diatas jelas menunjukkan betapa terbukanya Amanah Johor dalam penentuan pemilikan aset sepencarian ketika bersama PAS. (Secara statistiknya peluang Amanah untuk menuntut aset sepencarian bersama PAS adalah 12.5% sahaja)." kata Aminolhuda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana