Amanah letak syarat 'Disiplin dan Jujur' kepada PAS jika mahu sertai Pakatan Harapan - Khalid Samad

SHAH ALAM:  Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan syarat kepada PAS dan mana-mana parti lain yang mahu menyertai Pakatan Harapan perlu lebih 'berdisiplin dan jujur' sebagai 'syarat utama' bergabung di dalam pakatan pembangkang baru.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, Amanah tidak membantah usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menaruh harapan untuk 'memancing PAS' menyertai pakatan pembangkang baru itu.

"Amanah mengalu-alukan pendirian PKR untuk memantapkan Pakatan Harapan dan bersetuju untuk membuka keahlian Pakatan Harapan kepada semua yang berminat untuk menyertainya.

"Namun disiplin dan kejujuran dalam berpakat perlu ditekankan supaya pihak lawan tidak akan berjaya melaga-lagakan anggota Pakatan Harapan sepertimana mereka telah berjaya terhadap Pakatan Rakyat.

"Setiap anggota Pakatan Harapan hendaklah komited kepada Pakatan Harapan dan jelas berhubung siapa kawan dan siapa lawan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Susulan itu katanya, Amanah menyarankan supaya segera dibentuk Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukungi bersama.

"Amalan bermusyawarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap merupakan dasar yang perlu diamalkan," katanya lagi.

Untuk rekod, semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali berkata, masih mengharapkan PAS menyertai pakatan pembangkang baru.

Selain itu katanya, PKR juga mahu melihat keanggotaan pakatan pembangkang baru diperluaskan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti-parti pembangkang di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, PKR turut menggesa sekutu-kutunya dalam pakatan pembangkang untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri dan jangan mencampuri urusan dalaman parti lain.

Susulan kenyataan PKR itu, Khalid berkata, ianya sekali gus menunjukkan usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.

"Amanah mengucapkan tahniah kepada saff kepimpinan PKR atas kemampuan mereka mencapai kata sepakat dalam suasana yang digambarkan begitu mencabar sehingga ada yang meramalkan PKR boleh berpecah dua.

"Ini adalah bukti akan kematangan dan kebijaksanaan saff kepimpinan PKR, di bawah Datuk Seri Wan Azizah selaku presidennya, dalam mengurus perbezaan pandangan," katanya.

Khalid yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, Amanah berpendirian bahawa pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh adalah antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara.

"Ini berpaksikan keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu digantikan dan oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengah-lengahkan.

"Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana