AMANAH KATA KEKALKAN DS NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI 'MEMUDARATKAN' NEGARA?

AMANAH parti yang baru di luluskan oleh ROS dilihat seperti sebuah parti yang 'syok' sendiri. Mereka menabik dada dan 'over confident'. Baru ditubuhkan dah cakap besar dan sombong pulak tu. Mengikut kata mereka, seruan sesetengah pihak agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin negara akan berpihak kepada pembangkang dan memastikan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Menurut kata mereka lagi jika dikekalkan DS Najib ianya memudaratkan negara, kata salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Amanah Negara (Amanah).

Mengikut kata Ahli Jawatankuasa Pusat tersebut, prestasi buruk DS Najib membahayakan ekonomi selain mendakwa taktik melaga-lagakan keharmonian kaum yang diguna UMNO demi kekal berkuasa mengancam keharmonian kaum di negara ini. Katanya lagi, secara peribadi tidak setuju dengan pendekatan menyimpan Perdana Menteri ini yang secara perlahan-lahan tetapi pasti akan merosakkan semata-mata bagi memberikan kelebihan kepada mereka (pembangkang) dalam pilihan raya umum akan datang.

Amanah melalui seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pusatnya berkata, cara UMNO menggunakan politik perkauman di bawah DS Najib sekarang, berkemungkinan mungkin akan bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan raya umum akan datang. Sambung beliau lagi, rizab negara kita mungkin tinggal separuh dan hutang negara mungkin meningkat 2 kali ganda pada masa itu. Bermacam-macam lagi tuduhan yang mereka lemparkan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan sekarang ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana