Alahaiiii.....Muhyiddin Gesa Ahli Umno Bangkit Suarakan Kebenaran Pada Perhimpunan Agung

Zaman mahathir siapa berani bersuara....?Bersuara saja confirm kena Banned punya.

PUTRAJAYA:  Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua ahli dan pemimpin parti supaya tidak takut untuk tampil ke hadapan bagi menyatakan kebenaran tentang isu-isu yang melibatkan kepentingan negara.

Katanya, ramai di kalangan pemimpin dan ahli Umno bimbang jika tindakan menyuarakan pandangan atau kebenaran itu akan memberi kesan terhadap kedudukan masing-masing.

"Saya dapat rasakan bila turun padang bertemu akar umbi. Mereka perlu tampil ke depan.

"Saya juga ditemui ramai pemimpin Umno… tapi kita tahulah ramai yang tak bersedia, takut dikenakan tindakan, dipecat dan sebagainya. Bagi saya itu tak harus berlaku sekarang, majoriti pemimpin perlu tampil ke hadapan," katanya pada sidang media bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di sini, Isnin.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, panggilan yang dibuat ini tidak bermaksud mengajak anggota dan pimpinan Umno supaya menentang pemimpin parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak kata supaya mereka menentang pemimpin, tetapi agar mereka dapat menyuarakan isu-isu pokok.

"Umno tak mahu dilihat berdiam diri dan tak prihatin dengan isu-isu penting melibatkan negara. Saya rasa ini satu langkaah ke hadapan.

"Saya tak rasa kita di pihak minoriti, kita adalah majoriti untuk selamatkan negara dan masa depan," katanya.

Beliau menegaskan, platform terbaik untuk ahli Umno menyuarakan pandangan mereka adalah ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

Katanya, dalam perhimpunan itu nanti beliau mengharapkan keterbukaan dari segi isu-isu yang bakal diketengahkan dalam perbahasan.

"Banyak platform untuk suarakan pandangan dengan cara yang betul, tetapi persoalannya berapa ramai yang berani tampil.

"Dalam perhimpunan akan datang, debat dibenarkan untuk menyatakan pendapat…saya di sana jadi suarakan pendapat itu sebaiknya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana