Admin Sokong 100%....MENARIK... Bekas Timbalan Presiden PAS ganti Saifuddin Abdullah

Patah tumbuh hilang berganti... perletakan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sebagai CEO Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) baru-baru ini selepas masuK PKR tidak menjejaskan langsung NGO tajaan kerajaan itu.
Ini berita mungkin akan buat puak sebelah sana tidak senang duduk. Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang sebelum ini didakwa sebagai pemimpin pro 'Kerajaan Perpaduan' dinamakan sebagai penganti Saifuddin bermula 1 November ini.

Lantikan itu diumum Pengerusi GMMF Tan Sri Razali Ismail menerusi satu kenyataan pagi Rabu.

Juga perlantikkan ini sudah pasti menarik minat pemerhati politik mengenai 'move-move' yang dibuat oleh kedua-dua pihak UMNO dan PAS untuk menumpulkan persaiangan dua parti Melayu-Islam terbesar Malaysia itu.

Untuk rekod, Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang pada Selasa di lobi Parlimen memberitahu PAS sedia bekerjasama dengan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam perkara-perkara yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Kita akan berjumpa dengan menteri tentang isu-isu rakyat, kita perlu berjumpa tak cukup hanya di Parlimen, apatah lagi ada menteri-menteri yang tak hadir ke Parlimen.“Kita akan bekerjasama dalam perkara yang baik dan tidak akan bekerjasama dalam perkara yang tak baik, ini adalah pendekatan baru yang kita ambil,” kata Hadi.

Nasharudin yang masih ahli tetapi tidak aktif dalam PAS merupakan Pengerusi Yayasan Nassar, fellow di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ahli Majlis Perhubungan Cina Islam (CICR).

"Beliau merupakan bekas Timbalan Presiden PAS dari 2005-2011,  Ahli Parlimen Yan, Kedah dari 1999-2004, dan Bachok, Kelantan 2008-2013. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi (Malaysia) Persatuan Parlimen Komanwel selama dua penggal," kata Razali.

Pengumuman itu disahkan oleh Nasharudin kepada Agendadaily.

"Saya akan ulas petang nanti..." katanya.

Nasharudin merupakan lulusan Universiti Jordan dalam Perundangan Islam, beliau menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan di Malaysia.

Sebelum memasuki politik, beliau merupakan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dengan pelantikan Nasharudin Mat Isa, yang GMMF yakin dalam meneruskan usaha untuk mengukuhkan perkaitan dan penggunaan kesederhanaan dalam dasar luar dan dalam konteks negara ini.

"Yayasan akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global," kata Razali mengulas mengenai perlantikan Nasharudin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana