Adakah Media Prima Hari Ini Dikuasai DAP?


Kemunculan Ahli Parlimen Taiping, Nga Khor Ming dalam satu rancangan temubual yang disiarkan di salah satu rangkaian Media Prima, NTV7 baru-baru ini begitu mencetuskan kontroversi dikalangan rakyat Malaysia.

Kemunculan beliau dalam rancangn bual bicara dalam bahasa Cina ini sepatutnya bukan isu besar. Tetapi tindakan beliau yang dilihat menyampaikan sesuatu yang tidak tepat terhadap kerajaan nyata begitu memeranjatkan tambahan pula beliau muncul dengan salah seorang orang kuat parti komponen Barisan Nasional, MCA.

Antara dakwaan beliau yang tidak wajar dan dianggap fitnah paing teruk apabila mendakwa Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sebelum ini tidak mempunyai Doktor untuk merawat pesakit. Malah beberapa dakwaan liar beliau yang mengaitkan nama pemin dunia seperti Presiden Amerika, Barrack Obama, Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang kononnya sedang menuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Respon dikalangan Netizen nyata kecewa dengan peluang yang diberikan kepada Nga ini kerana beliau pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memperleceh dan menghina sebarang usaha kerajaan keatas kebajikan rakyat Malaysia.

Ditambah pula dengan kemunculan orang kuat MCA ini sekaligus menguatkan desas desus MCA bakal bergabung dengan DAP sedikit masa nanti. Dalam hal ini, adakah Media Prima Berhad terutama chanel berbahasa cina seperti NT7 dan TV8 kini sudah sedikit demi sedikit dikuasai oleh DAP dalam menyampaikan persepsi dan propaganda perjuangan parti mereka?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana