Ada Berani Ker Mahadir Berdepan Dengan Najib Di Pekan...Bertanding Lah

Agak menggelikan hati membaca kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sudah-sudah dengan marah dan dendamnya pada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan bersungguh-sungguh beliau mahu menjatuhkan Perdana Menteri.

Tidak tahulah penulis apa muslihat di sebalik gerakan beliau di usia tuanya itu, namun itulah yang beliau buat sebelum ‘masuk kubur’. Selalunya diusia senja sebegitu, umat Islam ramai yang menghabiskan masa beribadah kepada Allah, bukan?

Kononnya dia ‘sayang’ rakyat dan ‘sayang’ negara, dan kerana itulah dia mahu menjatuhkan Najib. Benarkah dia ‘sayang’ kita dan ‘sayang’ negara jika secara konsisten tindakannya mampu menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan politik negara?

Kata beliau, para pengundi di parlimen Pekan jangan undi Najib pada PRU yang akan datang. Tapi kena menangkan UMNO. Itu ‘strategi’ Dr Mahathir mahu jatuhkan Najib yang terkini. Itu pesan Mahathir.

Pada PRU ke-13 yang lalu, Najib menang bertanding di parlimen Pekan dengan memperoleh sebanyak 35,613 undi majoriti. Beliau memperoleh 51, 278 undi, manakala lawannya, Fariz Musa hanya dapat 15,665 undi sahaja. Jumlah pengundi berdaftar di parlimen itu ialah 80,260 pengundi ketika PRU ke-13 itu.
pekan
Perlu juga diingatkan kepada Dr Mahathir bahawa pengundi di parlimen Pekan sudah lama dengan Najib. Malah penulis yakin bahawa bekas Perdana Menteri itu juga tahu Najib naik dari UMNO di Bahagian Pekan sejak dari awal lagi pembabitannya dengan UMNO.

Maksud penulis, sudah tentulah Parlimen Pekan merupakan kubu kuat Najib, bukan? Dan apakah dia fikir adalah sangat mudah untuk menewaskan Najib di kubu kuatnya itu pada PRU ke-14 nanti? Biarlah logik sikit ‘strategi’ itu, kan?

Tapi, penulis terfikir pula tentang satu cadangan yang terlintas di akal penulis. Apa kata Dr Mahathir sendiri bertanding di Parlimen Pekan pada PRU ke-14 nanti. Sudah tentu gempak dan menarik, bukan?

Cuma penulis mengesyorkan supaya siapa yang kalah nanti maka dia perlulah bersara sepenuhnya dari dunia politik, ‘zip mulut’ dari meracau-racau dalam blog dan media, berpindah dengan seluruh keluarganya ke Mekah atau Madinah dan bermastautin di sana.

Pihak yang kalah juga dilarang sama sekali untuk melakukan sebarang perkara yang mampu memberikan kesan negatif berkaitan politik, negara, bangsa dan agama di Malaysia dalam apa bentuk cara sekali pun, termasuk menggunakan media asing.

Dalam kata lain, siapa yang kalah nanti boleh mengabdikan diri pada Allah di tanah suci dan menetap di sana sehingga akhir hayat, tidak kira sama ada dalam keadaan sedar mahupun nyanyuk. Setuju?

Teringin jugalah penulis lihat Mahathir merebut kerusi Najib di parlimen Pekan nanti. Itu pun kalau penulis masih dipanjangkan umurlah. Tapi kalau umur Dr Mahathir yang tidak panjang, maka melepaslah penulis dan rakan-rakan lain, bukan?

Penulis teruja mahu melihat Dr Mahathir menafikan majoriti lebih 35,000 undi yang dimiliki Najib. Kalau Dr Mahathir menang dengan 1 undi sekali pun, penulis redha. Tapi kalau Dr Mahathir kalah, berkemungkinan ada yang teruk kena sorak, bukan?

Bukan apa. Penulis terkenangkan Kubang Pasu yang merupakan kubu kuatnya di Kedah. Ada orang bertanding lawan G7, tapi kalah. Bila dikalahkan, orang itu sebut tentang sampul coklat. Padahal sampul coklat itu berleluasa di zamannya dan dia sendiri buat tak tahu serta tidak mengambil tindakan walaupun dia tahu hal sebenar, kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana