40 tahun kerja dengan MB Perak. . . .Pak Awang meninggal dunia

Setiap kali Menteri Besar Perak menerima kunjungan tetamu secara rasmi atau tidak di kediamannya di Ipoh,  Mohd Redzuan Mohd Ariffin, 61 tahun, juga  dikenali dengan panggilan  Awang (Pak Awang), akan menghidangkan minuman.
Ia membawa hidangan dengan santun serta diwajahnya terhias sebuah senyuman. Ia akan menyapa dan menegor sesiapa sahaja tanpa mengira gelaran seseorang. Layanannya pula tidak memilih bulu.

Menteri Besar (ke11) Dato Seri Dr.Zambrypun turut memanggilnya dengan panggilan Awang.

Kalau anda bukan bergelar “Datuk”, anda tidak dipinggirkan. Awang mengambil kesempatan berbual bertanya khabar. “Dari mana . . .?”

Kerana sikap dan keramahannya itu maka Awang bukan saja dikenali dikalangan tetamu tempatan, juga kalangan orang politik dan orang luar dari Perak.

Ramai juga orag dari Kuala Lumpur tahu namanya ttapi macan orang stepatan,mereka juga memanggilnya dengan gelaran Awang.

Kalangan media yang rata-rata muda (dibawah 40 tahun) yang sering menghadiri “assignment” di kediaman rasmi Menteri Besar turut memanggil beliau dengan paggilan Pak Awang—menghormati usianya.

Panggilan Awang juga sangat popular bagi mereka yang lahir di Lenggong, Perak.

Lazimnya teh o adalah “minuman rasmi” di kediaman Menteri Besar. Jarang lain dari itu dihidangkan kepada tetamu.

Awang  merupakan salah seorang kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak yang paling lama berkhidmat.

Ia berkhidmat lebih kurang 40 tahun di kediaman Menteri Besar Perak sejak zaman  Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan  yang terakhir ialah zaman Dr Zambry Abd Kadir.

Pada hari Sabtu lepas, Pak Awang menghembuskan nafas terakhir.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya  selepas solat jenazah di kediaman Menteri Besar. Dr.Zambry turut berada di tanah perkuburan Meru Raya,Ipoh.

Allahyarham lahir di Kg Bukit Nangka,Lenggong dan mula berkhidmat pada 17 Februari 1975 sebelum bersara wajib pada 26 April 2014.

Beliau bersetuju menyambung tugas secara kontrak sebagai pekerja am bermula pada 2 Mei 2014.

Allahyarham sebelum itu mendapat rawatan serta dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) pada Isnin lepas berikutan jangkitan kuman di dalam darah dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi Sabtu.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak, seorang anak lelaki dan 5 perempuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana