Wanita Cina bergambar sandar bahu isu remeh: Mat Sabu

KOTA BHARU, Khamis – Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (Parti Pekerja), Mohamad Sabu menganggap isu bergambar dengan wanita Cina yang menyandar bahu ke badannya adalah perkara remeh untuk diperbesar-besarkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga menyifatkan orang Islam kini lebih gemar memperbesar-besarkan isu remeh se perti gambar beliau dengan seorang wanita Cina pada perhimpunan haram Bersih 4.0 baru-baru ini.

“Orang ratus ribu, saya bila turun dalam keadaan orang ramai, terutama sekali peserta Cina datang ingin bergambar. Adalah seorang wanita Cina ini datang ambil gambar sandar dekat bahu kita, itu jadi isu besar sekarang.

“Inilah orang Islam sekarang, dia tengok benda macam ini, dia bukan tengok isu lain yang lebih besar,” katanya dengan menganggap itu adalah perkara biasa yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

Beliau berkata demikian berikutan gambarnya tersebar di laman-laman sosial yang kelihatan dalam keadaan mesra dengan seorang wanita Cina pada perhimpunan haram Bersih 4.0 di Kuala Lumpur minggu lalu.

Penyebaran gambar tersebut menyebabkan Mat Sabu menerima kritikan hebat.
Selain itu, sekeping gambar Mat Sabu berpegangan tangan dengan seorang wanita peserta Bersih itu juga turut menjadi viral di laman sosial hingga ada yang menghantar komen dengan meletakkan lirik lagu ‘lompat apek lompat’ dalam cerita P Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok.

Susulan itu ketua pengiring yang bertugas menjaga Mat Sabu ketika perhimpunan itu dilaporkan memohon maaf kerana gagal mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita ketika perhimpunan itu menjadi viral.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana