Tindakan Ke Atas Dr Mahathir Keruhkan Keadaan

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.

Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup  segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.

Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.

"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di sini, Isnin.

Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.

"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana