TAHNIAH ASYRAF WADJIDI, TAHNIAH PETUGAS, TAHNIAH TABUNG HAJI

Insiden di Mina telah mengakibatkan 717 jemaah haji meninggal dunia. Lebih 805 jemaah haji cedera. Tetapi insiden itu tidak berlaku kepada jemaah Malaysia kerana adanya TABUNG HAJI (TH) menjaga jemaah haji Malaysia dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

 Dengan pengalaman TH mengurus jemaah haji Malaysia bertahun-tahun lamanya, TH tahu masa yang sesuai dan selamat untuk jamaah haji melakukan ibadah haji di Arafah, Musdalifah dan di Mina.

 TH juga berpengalaman mengasingkan jemaah wanita dan lelaki, mengatur peringkat umur yang tua dan muda, menjaga aspek makanan dan kerehatan, memastikan perubatan semuanya terjaga dengan teliti oleh doktor-doktor pakar, jururawat terlatih malah pemandu ambulance yang sangat terlatih dengan selok belok jalan.

Petugas TH berada di mana-mana ada TH dan sentiasa menepati masa, hinggakan jemaah yang sakit di Hospital TH pun petugas yang menjaga dengan rapi, bergilir-gilir. Malah petugas berusaha untuk membawa (mengangkat) jemaah haji supaya mereka dapat melengkapkan ibadah haji mereka dengan sempurna.

 Pendek kata, kebajikan jemaah Haji Malaysia di bawah Tabung Haji tiada siapa mempertikaikan. Tiada jemaah haji memasak di dalam hotel, semuanya disediakan, Jemaah haji hanya focus kepada ibadah haji sahaja.

Ada orang bertanya kenapa TH tidak membawa RELA untuk menguruskan keadaan yang crowded dengan jutaan jemaah haji. Selepas itu, nanti ada pula yang kata kenapa tidak bawa General Hospital, SPAD, JPJ, polis trafik dan sebagainya. Selepas itu, mungkin ada pula yang akan berkata kenapa tidak sewa sahaja jalanraya Arab Saudi untuk memudahkan jemaah haji ke Mina, Arafah dan Musdalifah.

 Bagi kita pertanyaan itu tidak relevan lagi kerana TH berpengalaman dan terbukti berjaya mengurus jemaah haji dengan baik. TH sudah pasti tidak sempurna tetapi TH telah berjaya meningkatkan banyak perkhidmatannya dan pastinya ia sangat berkesan. Nak keluarkan wang melalui TH pun semudah di Malaysia, tiada prosedure yang menyusahkan. Nak membayar dam pun disediakan. Khidmat nasehat dan kaunseling pun disediakan. Malah rancangan TV dari Malaysia khususnya perjalanan jemaah haji pun disediakan.

 Apa yang berlaku kepada mereka yang telah meninggal dunia di Mina baru-baru ini, tidak berlaku kepada jemaah haji Malaysia kerana TH mempunyai prosedur dan pelan yang sangat berkesan sejak sekian lama.

 Syarikat kecil yang mahu mempromosikan diri mereka juga tidak memburukkan TH hanya untuk mengambil kesempatan ke atas perniagaan TH. Semua orang tahu TH mengurus jemaah haji yang bukan sedikit.

Tahniah kepada Asyraf Wajidi kerana berada di Mekah sepanjang minggu lepas untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik. Beliau jelas seorang Timbalan Menteri yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.

Tahniah juga kepada petugas TH yang tidak tidur untuk memastikan kebajikan dan keselamatan jemaah haji Malaysia berjalan dengan baik. Mereka hanya tidur 3-4 jam sahaja sehari.

Dengan semua perkara di atas, marilah kita bersyukur dan menginsafi betapa bertuahnya kita sebagai jemaah haji Malaysia mempunyai sebuah badan (Tabung Haji) yang berjaya mengurus ibadah haji kita bermula di Kelana Jaya dan KLIA sampailah di hari terakhir di tanah suci Mekkah sehingga pulang semula di KLIA menemui keluarga tersayang.

Secara keseluruhan kerja yang dilakukan TH sangat baik. Mungkin pada masa akan datang, TH boleh menguruskan perjalanan ke Mina dengan satu perjalanan yang pendek dan selamat. TH perlu memikirkan perkara ini dengan serius, segera dan berkesan sebagai satu penambahbaikan dalam profesionalisme TH mengurus jemaah haji Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana