Sebagai Rakyat Malaysia, Saya Ada Hak Bersuara - Anak TPM

Gara-gara tulisannya di facebook yang mengecam mereka yang menyertai himpunan Bersih4,anak Timbalan Perdana Menteri,Nurulhidayah Ahmad Zahid telah berdepan dengan serangan balas.
Ada yang menggentam dan ada yang menghina termasuk keluarganya.

Namun Nurulhidayah tidak gentar berdepan dengan situasi ini.

Selasa,dia telah menjawab dan mempertahankan pandangannya serta menegaskan tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata.

Katanya sebagai warganegara Malaysia dia juga ada hak bersuara.

BERIKUT IALAH TULISANNYA :

IF. Jika. If sy snobbish or sombong or bongkak sy tak akan terbuka bersahabat dgn yg sy tak kenal. Sy bukan Ahli Parlimen di kawasan anda atau wakil rakyat anda. Sy WARGANEGARA MALAYSIA yg juga ada hak bersuara. Sy bersuara hanya sekali berbanding anda yg selantangnya menjadi Tuhan menghukum manusia. Sy tak menyentuh perkauman atau bangsa. Sy cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yg tidur dijalanan kononnya menyatakan untuk menyatakan kebenaran. Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, sy juga lantang menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun. Sy disalah ertikan ketika menyatakan BERSIH adalah perbuatan yg SIA-SIA dan BODOH. Sy diserang secara peribadi. Sy tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata. Siapa saya di mata anda? Sy bukan sesiapa. Siapa saya disisi Dia? Sy Hamba Allah yg akan terus bersuara. Sy pohon agar Dia memelihara kita semua, negara Malaysia amnya.

Benar. Sy bertanggungjawab dengan kata-kata sy. Sy bertanggungjawab dgn 'Freedom Of Speech' sy. Sy bertanggungjawab dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan. Sy juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai yang menyalah anggap tetapi ada juga yg mengerti. Sy tidak mengupah sesiapa dlm berkomunikasi di sosial media. Ini suara sy. Suara hati sy antara 30 juta rakyat Malaysia. Setakat ini, sy merasakan cukup anda mengenali sy. Sy maafkan anda yg menghina seluruh keturunan sy. Sy pohon pd Tuhan agar anda dan seluruh keluarga n keturunan anda dilindungi dan terlindung oleh fitnah manusia. Bagi sy, life must go on. Sy perlu terus bekerja. Sy perlu bersama dgn segelintir anda yg memahami erti perjuangan sebenar.

Salam hormat,

Lt Muda Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana