Persidangan tergesa-gesa demi untuk menyelamatkan gabungan pembangkang - penganalisis

SHAH ALAM: Persidangan meja bulat pembangkang yang diadakan tergesa-gesa mungkin hanya mempunyai dua matlamat sahaja, kata penganalisis politik UUM, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

Mohd Azizuddin berkata, PKR terpaksa mengadakan di saat-saat akhir bagi menyelamatkan gabungan pembangkang yang semakin berpecah.

Justeru kata Azizuddin adalah tidak hairan sekiranya persidangan meja bulat itu dimaklumkan di saat-saat akhir kepada PAS.

"Kalau tengok daripada program-program sebelum itu, nampak PKR masih lagi mahukan PAS bersama cuma PAS yang tidak mahu tetapi dalam konteks ini ada dua matlamat sebenarnya apa yang PKR hendak buat.

"Pertama dia hendak mencapai matlamat Pakatan Rakyat baru (Pakatan Harapan) ditubuhkan, dan dalam masa yang sama dia hendak selamatkan kerajaan negeri Selangor di bawah kerajaan yang mana PAS masih ada lagi sebagai komponen dalam kerajaan Selangor," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi.

Beliau mengulas mengenai tindakan Presiden PKR, Datuk seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengadakan persidangan meja bulat itu secara tergesa-gesa pada 22 September lalu.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membangkitkan perkara berkenaan kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenainya sedangkan mereka mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat PKR pada 15 September lalu.

Katanya, apa yang berlaku ketika itu adalah hanya persidangan untuk membincangkan isu melibatkan kepentingan rakyat bukannya penubuhan Pakatan Harapan.

PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Selasa lalu secara rasmi menubuhkan Pakatan Harapan untuk menentang Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Gabungan baru itu menggantikan Pakatan Rakyat yang diisytiharkan terkubur oleh DAP sebelum ini.

Bagaimanapun persidangan meja bulat itu tidak dihadiri oleh PAS.

Mengulas lanjut kata Azizuddin, berkemungkinan keengganan PAS hadir ke persidangan itu juga disebabkan yakin masih mampu berdiri dengan sendiri tanpa melibatkan rakan komponennya lagi.

"Tetapi memang PAS ini pun pendekatan sudah lain, dia masih rasa dia ada kekuatan di luar bandar dan cuma sekarang ini dia nampak lebih rapat dengan Umno, jadi saya rasa tidak mahu menolak kemungkinan dia mahu bergabung dengan Barisan Nasional, mungkin juga keadaan ini boleh berlaku.

"Atau pun PAS dia akan bertandng jika ada bertanding tiga penjuru, itulah yang cuba dielakkan oleh pakatan, jadi mereka akan pecah undi dan mereka akan kalah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana