Mengapa tidak pilih negeri dikuasai pembangkang jadi tuan rumah Bersih 4, tanya Nur Jazlan

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dikuasai pembangkang sepatutnya menyediakan tempat pilihan untuk perhimpunan Bersih 4 kerana Dataran Merdeka bukan kawasan sesuai sebagai perhimpunan Bersih.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini berkata, kerajaan negeri pembangkang sepatutnya bertindak demikian jika mereka ikhlas dalam memperjuangkan kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Mengapa penganjur Bersih tidak adakan perhimpunan mereka di Selangor, atau Padang Kota, Pulau Pinang, memandangkan kerajaan negeri PR (Pakatan Rakyat) sering melaung-laungkan sokongan mereka terhadap kebebasan bersuara.

“Jika mereka mengadakan perhimpunan itu di sana, mungkin kerajaan negeri (pembangkang) boleh menyediakan makanan serta peralatan untuk keselesaan peserta Bersih 4.0 agar mereka tidak perlu membawa makanan sendiri atau khemah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10 (1)(b) Perlembagaan Kebangsaan yang menyatakan setiap rakyat berhak untuk bekumpul secara aman dan tanpa senjata.

“Tetapi bagaimana dengan Perkara (2)(b) yang memberikan kebebasan kepada pihak lain untuk menikmati harta benda secara aman, kebebasan bergerak, hak menikmati alam semula jadi dan hak menjalankan perniagaan?” tanya Nur Jazlan.

Beliau menambah, sejak Akta Perhimpunan Aman diluluskan, orang ramai sudah diberi ruang mencukupi untuk berkumpul secara aman asalkan ia tidak melanggar undang-undang.

“Mengapakah terlalu sukar untuk mematuhi PAA 2012 sedangkan terdapat banyak pengamal undang-undang dalam secretariat Bersih dan mereka memahami apa yang dibenarkan oleh undang-undang.

Perhimpunan Bersih 4 selama 34 jam menyaksi ribuan orang berkumpul berdekatan Dataran Merdeka hujung minggu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana