Ketua Panel Rawat Anwar, Sangkal Dakwaan Nurul Izzah...Nampak Sangat Nak Berbohong

KUALA LUMPUR: Ketua panel yang merawat Anwar Ibrahim, Datuk Dr S. Jeyaindran menegaskan bahawa beliau sentiasa bersikap profesional dalam menjalankan kerja dan merawat Anwar seperti pesakit lain.

Kenyataan itu dibuatnya selepas tindakan Nurul Izzah mempertikaikan kredibiliti Dr Jeyaindran yang menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang dalam kes liwat membabitkan bapanya dan Saiful Bukhari.

“Itu pendapat Nurul Izzah. Saya rawat Anwar sebagai seorang yang profesional dan layanan saya terhadap Anwar semasa dalam penjara adalah secara profesional.

“Tiada kaitan dengan apa yang berlaku sebelum ini. Lagipun ada 13 pakar yang jaga dia, saya hanya sebagai koordinator,” katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

Beliau yang turut pernah menjadi saksi pendakwaan Anwar juga menyatakan hal itu tidak memberi kesan kepada tugas kedoktorannya kepada Anwar sebagai pesakit.

Dakwaan keluarga Anuar bahawa hanya Dr Jeyaindran sahaja yang merawat Anwar juga disangkal kerana terdapat 13 doktor pakar lain yang turut menjaga bekas ketua pembangkang itu.

Menurut beliau, terdapat pakar ortopedik lain yang turut ditugaskan merawat Anwar dalam dua atau tiga minggu sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana