Kafarah tak sah: Harussani sokong pendapat Mursyidul Am PAS

SHAH ALAM: Tindakan bekas wakil rakyat PAS yang mahu membayar kafarah ekoran melanggari baiah parti adalah tidak sah, demikian ditegaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, baiah yang dilafazkan oleh bekas wakil rakyat PAS yang mahu menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) itu terikat dengan 'taklik nikah' ketika melafazkan baiah itu.

"Ianya dalam bentuk taklik. Taklik ini tidak boleh ditarik balik dan ditebus, yang ditebus ini ialah sumpah.

"Kalau sumpah, ia boleh ditebus, tetapi ini dalam bentuk taklik, kalau dalam bentuk taklik, tidak boleh, ia dengan sendirinya tidak boleh ditebus," katanya kepada Antarapos.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang memberitahu berkemungkinan semua wakil rakyat yang menyertai Amanah akan membayar kafarah selepas melanggari perjanjian baiah bersama PAS.

Susulan kenyataan Khalid itu, Harusssani menegaskan kafarah yang mahu dibayar adalah tidak sah sama sekali walaupun kesemua wakil rakyat tersebut mahu membayar denda sebagai tebusan melanggari baiah.

"Pada pandangan saya, dia sendiri dalam bentuk taklik, dia bukan 'sumpah' walaupun dia merupakan baiah kepada parti tetapi dia bertaklik kepada isteri," katanya.

"Tak boleh...(tak sah)..tak sah disebabkan taklik..ya.

"Yang boleh dikafarah ini ialah 'sumpah'.

"Kalau sumpah boleh dibayar kafarah, tetapi taklik tidak boleh," katanya lagi.

Dalam perkembangan yang sama, beliau meminta kesemua wakil rakyat PAS yang berbaiah bertaklikkan nikah, segera rujuk ke mahkamah syariah bagi mendapatkan penjelasan status terkini perkahwinan mereka.

"Jadi yang bercerai talak tiga itu maknanya dia bertaklik.

"Dia berjanji dengan parti dia. Dia keluar daripada parti dia, tercerailah talak tiga isteri dia, haa yang itu taklik dia.

"Dr. Hatta hendak melepaskan diri dia sahaja, tetapi yang Hakim Syarie (Kelantan) itu bercakap dari segi hukum.

"Ya (dia Hatta perlu rujuk kepada mahkamah syariah) sebab ini hukum, apatah lagi bertaklik terhadap isteri, itu sudah masuk soal nikah kahwin.

"Perlu dirujuk kepada mahkamah. Kalau mahkamah sudah mengatakan sudah terjatuh talak, habislah," katanya.

Terdahulu, selain Harussani, Murysidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din turut menolak pendapat bahawa baiah boleh ditebus dengan membayar kafarah seperti disebut oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Haron berkata, baiah yang dibuat oleh kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu sebenarnya berbaiah dengan Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, katanya tidak timbul soal membayar kafarah seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana