Jahatnya.....DAP tuntut permohonan maaf JAIP, dakwa teks khutbah Aidiladha berunsur fitnah

KUALA LUMPUR: DAP memberi tempoh lima hari kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk membuat permohonan maaf berhubung kandungan teks khutbah Aidiladaha yang didakwa memfitnah parti itu.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, mereka juga menuntut JAIP untuk menarik kembali teks berkenaan, sebelum akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada maklum balas daripada jabatan agama itu dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

"DAP Pahang akan hantar surat pada Jabatan Agama Islam Pahang atau bahagian mufti yang menuntut mereka menarik balik ucapan berbaur fitnah serta memohon maaf secara terbuka melalui media elektronik dalam masa lima hari dari hari ini.

"Sekiranya tiada tindakan atau balasan dari pihak Jabatan Agama Islam Pahang, kami secara individu iaitu orang beragama Islam dalam DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Pahang yang keluarkan khutbah ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP, di sini.  

Beliau merujuk kepada teks khutbah Aidiladha daripada JAIP yang antaranya menyebut:

"Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.

"Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka..."

Tengku Zulpuri juga mendakwa, kandungan teks tersebut secara jelas membuktikan pihak pemerintah cuba menggunakan badan agama bagi mengukuhkan kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana