Huikang jadilah si bijak pandai bercakap


ADA bertanya kepada penulis, mengapa mahu marah dengan Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang? Bukankah dia cuma mahu mengingatkan sahaja untuk mengelakkan ‘tragedi yang buruk’ di Jalan Petaling atau Peta­ling Street?

Namun kalau diteliti adakah betul tindakan Huikang? Adakah keganasan telah berlaku di Peta­ling Street?

Bukankah Huikang tidak melihat langsung atau menonton dari televisyen atau kabel tv semasa himpunan baju merah berlangsung tempoh hari, yang tidak membabitkan sebarang unsur ke­ganasan langsung pun? Kalau ada pun yang terjadi di pinggir Jalan Petaling waktu itu hanya dicetuskan oleh segelintir penyokong pembangkang dan ia berjaya dikekang oleh pihak berkuasa. Malahan, individu yang mengepalai himpunan merah berkenaan, te­lah pun menafikan ada membuat kenyataan mahu mencetuskan ‘mandi darah’ atau rusuhan di Jalan Petaling.

Huikang patut dimarahi oleh banyak pihak kerana kenyataan prejudisnya. Mahu pula mengajar kerajaan Malaysia cara mentadbir sebuah negara unik yang memiliki satu-satunya masyarakat majmuk di Asia, yang mungkin juga di dunia.

Memang patut ramai terkejutpun apabila Huikang mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menentang diskriminasi yang menyasarkan satu kaum semasa melawat Petaling Street.
Mungkinkah Huikang telah ‘dicucuk’ pihak tertentu?

Inilah yang dikatakan oleh ahli falsafah Greek, Plato: Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something. (Golongan bijak pandai bercakap kerana mereka ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Si dungu bercakap kerana mereka perlu berkata sesuatu).
Cuba Huikang bayangkan, seorang menteri biasa kerajaan Malaysia melawat Dataran Tianan­men di Beijing dan kemudian membuat komen “saya berharap demokrasi akan berkembang su­bur di China’. Walaupun kenya­taan itu biasa sahaja dan tidak ‘menuju’ sesiapa, tetapi adakah kenyataan menteri itu tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan tragedi berdarah di dataran itu pada 1989 atau 26 tahun lalu yang mengorbankan beratus-ratus pelajar dan pejuang prodemokrasi? Beijing pasti terkejut, lantas tentu sekali akan memanggil menteri Malaysia itu menghadapnya.

Huikang barangkali ‘dicucuk’ oleh pihak tertentu supaya buka mulut mengenai kenyataan kontroversinya. ‘Mereka’ ini ada motif tersendiri mahu mengalih tumpuan kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu mengumpul peserta lebih 100,000 orang dalam menyuarakan agar hak dan ketuanan Melayu terus dihormati berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. ‘Mereka’ ini sedar himpunan ha­ram Bersih 4.0 sebelum ini tidak mendapat sambutan daripada rakyat berbilang kaum sebaliknya didominasi penyokong tegar Cina DAP.

‘Mereka’ ini juga sedar bahawa China kini adalah kuasa besar dunia selepas Amerika Syarikat dan mungkin juga Beijing kini telah mengatasi Rusia, lantaran Huikang dipergunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu andai mengancam kaum Cina di Malaysia dengan kenyataan-kenyataan mempertahankan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Huikang diyakini amat maklum bahawa kaum Cina Malaysia bukan dari China. Kaum Cina negara ini beridentitikan Malaysia. Lebih dari itu, Cina Malaysia memperoleh kedudukan tertinggi dalam ekonomi negara ini. Cina di Malaysia tidak akan menerima nasib seperti mana masyarakat India di suatu kepulauan pada suatu ketika, yang menguasai ekonomi sebelum hak mereka dirampas. Ingat lagi kisah jeneral atau mejar tentera kepulauan itu yang dijulang sebagai hero kerana menegakkan kaum peribuminya daripada ekonomi mereka ‘dirampas’ oleh kaum India di sana.

Di Malaysia, orang Melayu berbudi pekerti, ada adabnya dan menghormati meritokrasi. Kaum Cina di Malaysia boleh hidup aman damai dan mengumpul harta kekayaan tanpa ada dengki daripada orang Melayu.

Huikang jangan jadi si dungu. Jadilah bijak pandai apabila bercakap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana