GHB kini rasmi bergerak sebagai parti politik...ambil alih Parti Pekerja

Seperti yang dijanjikan oleh puak pimpinan yang tewas dalam PAS yang kini dikenali sebagai gerakan Harapan Baru mereka hendak bergerak sebagai sebuah parti politik mulai 31 Ogos.
Kini sudah rasmi buat sementara ia akan ambilalih Parti Pekerja Malaysia  - sebuah parti yang ditubuh pada tahun 1978 - untuk tujuan itu.Ia akan memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tukar namanya jadi Parti Amanah Negara.

Sebelum ini permohonan mereka untuk daftar parti baru atas nama Parti Progresif Islam ditolak kerana guna nama 'Islam'.

Pengumuman GHB rasmi bergerak sebagai parti politik mulai hari ini diumumkan oleh Mat Sabu dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur Isnin.

Beliau berkata, pelancaran nama parti itu kepada Parti Amanah Negara serta perlembagaannya akan dilakukan pada 16 September ini.

Mat Sabu kata mereka yang menyertai parti itu bukan ahli PAS.

Beliau mendakwa seramai 35,000 orang akan sertai parti itu.

Berikut ialah senarai jawatankuasa sementara parti itu:

Penasihat Umum - Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi
Dato Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hassanudin Mohd Yunos

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Alwi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat

AJK

Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Hashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana