Dedah kelemahan DEIG demi kepentingan rakyat Selangor...

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin UMNO khususnya di Selangor mendedahkan kelemahan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) demi kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Naib Presiden UMNO itu berkata penubuhan DEIG menimbulkan keraguan pelbagai pihak, maka UMNO Selangor perlu mendapatkan bukti kukuh mengenai kelemahan penubuhan DEIG yang mengambil alih peranan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

"Kita harus membuktikan bagaimana DEIG telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan negeri Selangor.

"Dedah...jangan tidak dedah. Kita wajib mendedahkan keburukan dan kelemahan DEIG. Jangan rasa takut demi kepentingan rakyat Selangor," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang,Isnin.

Sebelum ini, beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor termasuk bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang akan mengambil alih peranan MBI.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bagaimanapun berkata DEIG yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI dan ditubuhkan pada Disember lepas, adalah untuk memberi fokus kepada sektor pelaburan, aset dan perniagaan semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana