Buruk Benar Geng PR Ni....Arahan Sekolah Ditutup Isnin, Selasa Oleh PM Di Twitter Palsu - PMO

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri malam Ahad menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.

"Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.

Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi, 26 September itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu".

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana