Biar Lah Terjun Dengan Labu Labu....Pakatan Harapan tidak akan lebih berjaya daripada Pakatan Rakyat

SHAH ALAM: Gabungan pembangkang baru, Pakatan Harapan, yang didokong PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan lebih berjaya daripada gabungan terdahulu Pakatan Rakyat (PR) kerana dilihat terlalu pramatang, selain dibentuk secara tergesa-gesa.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, ini ditambah lagi dengan ketiadaan PAS, sebuah parti berasaskan akar umbi yang mempunyai kekuatan jentera paling menyeluruh khususnya dalam kalangan orang Melayu.

"Sukar dipercayai dengan cita-cita memenangi Putrajaya dengan tiadanya parti tunjang yang mewakili kelompok rakyat terbesar iaitu PAS.

"Tan Sri Abdul Kader Sheikh Fadzir, seorang tokoh politik veteran menegaskan PAS adalah parti tunjang jika mahu menubuh gabungan parti politik memimpin kerajaan yang baru menggantikan Barisan Nasional. Satu perkara yang sangat tidak disukai DAP," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman Harakah Daily.

PKR, DAP dan Amanah pada 22 September lalu secara rasmi menubuhkan Pakatan Harapan untuk menentang Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Gabungan baru itu menggantikan Pakatan Rakyat yang diisytiharkan terkubur oleh DAP sebelum ini.

Bagaimanapun persidangan meja bulat itu tidak dihadiri oleh PAS.

Ujar Ahmad, walaupun rundingan ke arah pembentukan Pakatan Harapan dianjurkan dengan penglibatan pelbagai NGO, namun akhirnya gabungan itu dilihat eksklusif kerana 'memisahkan diri' daripada pandangan pihak NGO berkenaan.

Malah ujarnya, rundingan tersebut juga tidak memberi perhatian kepada isu-isu Malaysia Timur dengan ketiadaan perwakilan Sabah dan Sarawak.

Ini katanya berbeza dengan Kongres Rakyat anjuran bersama PAS yang digerakkan merentasi semua isu pelbagai kelompok rakyat oleh perwakilan lebih 200 NGO, kehadiran wakil politik, dan kehadiran perwakilan dari Sabah dan Sarawak.

"Beginilah caranya satu kerjasama dibentuk. Perancangan dibuat awal supaya semua pihak dapat membuat persediaan. Perbincangan demi perbincangan sehingga idea benar-benar masak dan matang.

"Bukan dengan cara yang tergesa-gesa sehingga timbul pelbagai masalah baru pula," tambah beliau.

Mengulas lebih lanjut katanya, sikap terlalu tunduk kepada DAP akan menjauhkan lagi 'kemenangan' yang ingin dicapai gabungan itu.

"Tindakan terbaru DAP mengecam Khutbah oleh Majlis Agama Islam Pahang yang berada di bawah DYMM Sultan Pahang akan hanya menjauhkan hati umat Islam daripada Pakatan Harapan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana