BERSIH 4.0 : Kekecewaan Hishammuddin Ada Asasnya

Tindakan pihak penganjur BERSIH 4.0 yang telah mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kali Ke-58 dengan gerakan jalanan mereka sememangnya menjadi perhatian banyak pihak.Sama ada pihak-pihak teribat menyokong atau menolak gerakan jalanan haram itu , ianya menjadi hak peribadi setiap dari kita.Namun secara realitinya , dalam keadaan negara dan dunia yang kini sedang berdepan dengan pelbagai kemelut khususnya berkaitan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang sewajarnyalah gerakan-gerakan seumpama itu di tolak.

2. Sebagai warganegara Malaysia . kita seharusnya lebih memberikan perhatian dan menumpukan kepada semangat cintakan tanahair.Apatah lagi dalam bulan kemerdekaan ini seluruh rakyat sebenarnya perlu menzahirkan rasa syukur masing-masing dengan menghormati sambutan Kemerdekaan Negara buat kali yang ke-58.Bukan sesuatu yang mudah untuk kita berdiri dan mengaku sebagai warganegara Malaysia yang dulunya dijajah malah rakyat kita sendiri menjadi hamba kepada penjajah sehinggakan nyawa menjadi taruhan.

3. Kini setelah kita menempah sejarah dan berdiri sebagai bangsa dan rakyat kepada sebuah negara Merdeka , tindakan jalanan BERSIH 4.0 seharusnya dianggap sebagai tindakan yang menjurus kepada mengkianati usaha mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk mendapatkan Kemerdekaan tanahair daripada pihak penjajah.

4. Dalam keadaan negara sedang berdepan dengan pelbagai serangan politik dan fitnah adu-domba yang boleh menyebabkan runtuhnya nilai-nilai patriotik di kalangan masyarakat , kita dihidangkan pula dengan gerakan-gerakan bertunaskan politik beragenda jahat.

5. Persoalannya untuk apa gerakan seperti BERSIH 4.0 itu dianjurkan pada ketika negara sedang berada dalam Ambang Kemerdekaan ?

6. Paling mengecewakan kita lagi apabila bekas Perdana Menteri Malaysia , Tun Mahathir bukan sahaja kini menjadi antara pelopor untuk menjatuhkan kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan undang-undang rimbanya tetapi turut hadir bersama-sama dengan peserta-peserta himpunan haram BERSIH 4.0 di ibu negara.

7. Untuk apa Tun Mahathir hadir dan bersama dalam himpunan terbabit ?

8. Alasan yang diberikan oleh Tun Mahathir dan konco-konconya jelas hanyalah sekadar alasan penyedap diri sedang hakikatnya terdapat poster yang dibawa oleh peserta BERSIH 4.0 yang turut menghina Tun Mahathir sendiri.

9. Di mana MARUAH Tun Mahathir sebagai seorang Negarawan yang turut pernah menggalas tugas sebagai Presiden Parti UMNO dan juga Perdana Menteri ?

10. Bukankah Tun Mahathir sebelum ini diwaktu dan ketika beliau masih seorang pemimpin pernah menolak dengan sekeras-kerasnya tindakan-tindakan jalanan seperti ini ? Dan kenapa hari ini Tun Mahathir seolah-olah menjilat kembali ludahnya dan lebih malang banyak mata kini melihat Tun Mahathir sudah terlalu terdesak untuk meneruskan agenda politiknya semata-mata.

11. Maka kerana itulah kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikutan tindakan Tun Mahathir itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar.Kekecewaan yang dizahirkan oleh anak didik Tun Mahathir itu seharusnya menjadi perhatian dan pengajaran kepada kita sebagai warga yang mengaku cintakan negaranya.

12. Kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin jelas dapat dilihat apabila beliau dengan tegas telah menyatakan bahawa tindakan itu berten tangan sekali dengan apa yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir pada 1998 bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan menyuarakan rasa tidak puas hati, apa lagi menjatuhkan kerajaan.

13. “Ketika itu saya Ketua Pemuda UMNO, zaman pentadbiran beliau (Dr. Mahathir). Apa yang dilakukan oleh Tun (Dr. Mahathir) semalam adalah salah, lebih-lebih lagi apabila kita di bawah kepimpinannya dahulu diajar supaya tidak mengikuti demonstrasi jalanan.

14. Sebagai mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Tun Mahathir , kekecewaan Datuk Seri Hishammuddin bolehlah ditafsirkan sebagai satu tindakan tegas yang cukup berani apabila beliau turut mengingatkan kepada kita siapa sebenarnya yang pernah mengingatkan orang-orang Melayu satu ketika dahulu supaya jangan sesekali lupa dengan apa yang telah kita nikmati.

15. Kita diajar setia kepada pucuk pimpinan tetapi apa yang dilakukan oleh Tun semalam bertentangan dengan apa yang ditegaskan beliau dahulu. Tindakan Tun seperti cakap tak serupa bikin. Kembali apa yang beliau pernah kata iaitu ‘(Melayu) mudah lupa’,” katanya.

16. Sebagai salah seorang pemimpin dalam pentadbiran kerajaan yang hari ini sedang bertungkus-lumus untuk membina negara dan berdepan dengan gerakan-gerakan fitnah dan hasutan yang begitu hebat , tindakan Datuk Sri Hishammuddin sebenarnya kena pada masanya.

17. Sudah terlalu lama kita membiarkan pihak-pihak beragenda jahat ini menggunakan ruang yang ada dan selama itu jugalah kita terlalu berlembut dengan mereka.Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan dan kepimpinan parti UMNO khususnya bertindak dengan tegas dan penuh berhemah.

18. Seperti mana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Hishammuddin dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung UMNO Bahagian Sepanggar semalam , sememangnya beliau cukup berhak untuk berkata sedemikian.

19. “Selama ini kita tidak pernah menyekat Tun untuk menyuarakan pandangan di mana-mana platform. Tetapi tindakan bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Sedih, (sebab) itu negarawan kita. Saya berhak menyatakan ini kerana saya cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO,” ujarnya.


20. Sebagai Naib Presiden UMNO , kenyataan tegas beliau sewajarnya diamati dengan sebaik-baiknya oleh Tun Mahathir dan konco-konconya.Inilah sebenarnya ungkapan keramat bukti betapa kepimpinan negara hari ini berada dalam landasan yang benar dan tidak akan sesekali membiarkan pihak-pihak yang punya agenda peribadi menghukum rakyat dan negara Malaysia.

21. Sebagai seorang pemimpin yang sealiran darah dengan pengasas parti UMNO , rasanya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bukanlah seorang pemimpin yang boleh dijual beli apatah lagi membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak-pihak yang jelas mahu melihat keruntuhan parti UMNO seperti mana yang sedang berlaku terhadap Tun Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana