Syabass Presiden PAS !!!! Jangan diperbodohkan hingga terlibat demonstrasi ganas - Haji Hadi

Selepas berjaya menyingkirkan golongan liberal daripada PAS, Presidennya Datuk Seri Abdul hadi Awang mengingatkan orang ramai yang menyokong PAS tidak terlibat dengan demostrasi ganas dan bergaduh dengan pihak berkuasa.
Menurutnya semua masalah yang melanda negara ketika ini termasuk yang berkaitan dengan politik harus diselesaikan mengikut lunas dan syariat Islam.

Demonstrasi jalanan katanya, sedikit sebanyak akan mengundang keganasan apatah lagi apabila ada provokasi pihak tidak bertanggungjawab.

"Kita berdemonstrasi, bergaduh dengan pihak polis sedangkan orang lain memerhati.

Jangan kita diperbodohkan (pihak tidak bertanggungjawab)," katanya semasa berucap di Perhimpunan Pihak 4.0 di Kuala Lumpur Ahad malam.

Beliau dipercayai mengulas mengenai perhimpunan haram anjuran penyokong PKR dan DAP di Kuala Lumpur pada Sabtu yang menyaksikan 29 orang ditangkap pihak berkuasa.

Sementara itu, mengulas pelantikan jawatan baru anggota kabinet, kata Hadi, kerajaan tidak akan mampu menangani segala kemelut yang timbul jika pemimpin berkaitan tidak kembali ke jalan Islam.

"PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak, PAS tidak mahu rebut jawatan, orang bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam kerana ia bukan sekadar agama, tapi mencakupi semua aspek kehidupan.

"Pemimpin yang ada ketika ini, perlu kembali kepada Islam dan kita bersetuju menyokong kalau mereka kembali. Kita tak mahu rebut jawatan tapi kalau tidak (kembali kepada Islam), kami lawan habis-habisan," katanya.

Sementara itu Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan idea mewujudkan Islam yang syumul adalah sebuah angan-angan yang tidak mungkin kesampaian.

"Semuanya berkisarkan kepada idealogi politik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. "Pendirian mereka juga jelas bercanggah apabila dengan tegas menyatakan kemenangan PAS tidak akan berlaku jika tidak bekerjasama dengan DAP.

"PAS sebuah parti Islam. Menang atau kalah, segalanya ditentukan Allah SWT, bukan DAP. Kerana itu kita kata GHB ini rosak akidah kerana mempercayai pergantungan kepada manusia melebihi kepada Allah SWT," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana