SELAMATKAH ROKOK_ELEKTRONIK/VAPE?

Ramai sahabat2 saya yang bertanya kepada saya tentang penggunaan Vape/rokok elektronik atau e-cigarette yang semakin popular semenjak beberapa tahun ini.

Mereka bertanya adakah ia selamat dan adakah ia mempunyai ancaman kesihatan seperti rokok.

Saya akan cuba menerangkan kepada tuan2 dan puan2 tentang Vape ini dengan cara mudah agar mudah difahami semua.

Soalan paling banyak adalah sama ada Vape ini lebih selamat berbanding dengan rokok biasa (tobacco cigarettes).

Sebenarnya, tidak ada sesiapa yang tahu jawapan utk perkara ini. Ini adalah kerana produk ini masih agak baru di pasaran dan kajian tentang kesan jangka masa panjang penggunaan Vape ini masih belum dikaji secara menyeluruh. Fenomena ini adalah sama seperti rokok biasa. Apabila ia mula diperkenalkan hampir 1 dekad yang lalu oleh syarikat2 gergasi rokok, ia kelihatan cool dan bergaya dan tiada kesan jelas pada kesihatan yg diketahui. Hanya setelah beberapa dekad dengan bukti saintifik dan klinikal yg jelas baru kita ketahui rokok mempunyai mudharat kesihatan yang amat jelas pada umat manusia.

Untuk Vape, ia masih amat baru dan sungguhpun syarikat rokok mempromosikannya sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding rokok, tidak ada jaminan yg boleh diberikan. Kandungan Vape juga adalah pelbagai dari satu brand ke satu brand yg lain.

Namun, apa yg diketahui secara jelas, Vape mengandungi nicotine. Nicotine ini boleh menyebabkan ketagihan sama seperti rokok. Jika pengguna setia vape berhenti secara tiba2 dari menggunakan Vape mereka boleh menghidapi Withdrawal Syndrome yang antaranya menyebabkan mudah marah2, kemurungan, resah gelisah, gangguan fikiran serta masalah bagi mereka yang mempunyai masalah jantung. Ia juga mungkin mempunyai kesan terhadap arteri dalam badan dan menyebabkan masalah kepada penggunanya.

Disebabkan promosi hebat syarikat2 yang menonjolkan seolah2 Vape adalah alternatif terbaik buat perokok, ramai yang mula beralih arah menggunakan Vape. Apa yang berlaku sekarang adalah, disebab tanggapan Vape selamat, lebih ramai orang menggunakan vape, malah remaja dan kanak2 juga tertarik menggunakannya kerana ia 'bukan rokok'. Perisa2 yg pelbagai juga menggalakkan kanak2 dan golongan remaja menggunakannya dan secara tidak langsung mendedahkan lebih ramai orang kepada penagihan nicotine!

Usaha berhenti merokok yang digerakkan oleh kerajaan dan badan2 kesihatan yg semakin berjaya semenjak beberapa dekad ini kini seolah2 sedang tewas dengan iklan skala gergasi syarikat2 rokok yang mempromosikan Vape sedangkan ancaman kesihatan jangka masa panjangnya masih belum diketahui sepenuhnya! Ramai yang tidak pernah merokok selama ini mula mencuba Vape kerana beranggapan ia bukan rokok dan tiada kesan kepada kesihatan!

Ibubapa perlu tahu bahawa vape ini sebenarnya mengandungi nicotine yang boleh mengganggu perkembangan otak kanak2 dan remaja. Malah Vape tidak meninggalkan kesan bau seperti tembakau yang boleh menyebabkan ibubapa sukar mengesan anak2 mereka yg terjebak dgn penggunaan Vape.

Kesimpulan:

1. Vape mengandungi nicotine yang menyebabkan ketagihan.

2. Berhenti merokok dan juga Vape kerana kedua2 amalan ini tidak ada manfaat pada kesihatan dan mempunyai risiko ancaman kesihatan pada umat manusia.

3. Jika anda perokok dan ingin berhenti merokok, gunakan kaedah yg terbukti selamat seperti nicotine patch atau nicotine gum. Sila berjumpa dgn doktor di klinik berhenti merokok terdekat utk mendapatkan kaedah terbaik berhenti merokok.

4. Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan rokok atas sebab antaranya ia menyebabkan kemabukan/penagihan. Ia juga merupakan suatu perbuatan yg membazir dan sia2. Vape juga mempunyai kesan yang sama (penagihan nicotine, pembaziran dan sia2).
Oleh itu fatwa pengharaman rokok saya kira perlu dipanjangkan oleh pihak Jakim agar meliputi Vape.

Semoga mendapat manfaat.

Petikan dari...Abdul Rahman Abdul Kadir

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana