Rakyat Pulau Pinang Bakal Naik Angin Lagi Lepas Ni?

KEJAM gila… Itulah yang kami rasakan apabila melihat jumlah bayaran bil air yang dikenakan terhadap seorang penduduk di Pulau Pinang ini.

Mengapa kami mengatakan ianya kejam? Anda lihatlah jumlah lebihan caj yang perlu dibayar oleh pengguna ini, hampir menyamai separuh.

Sebelum ini, bil air di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah dikenakan caj tersembunyi iaitu 90 sen jika membuat bayaran di pejabat pos, sedangkan caj itu sepatutnya ditanggung Syarikat Perbadan Bekalan Air (PBA).

Kini mereka mula mengenakan ‘surcaj PBA’ di bawah kod 29 di mana hampir 50 peratus daripada caj penggunaan liter air akan ditambah.

Nampaknya, sikit demi sedikit kerajaan negeri DAP mula ‘merompak’ wang rakyat dan tidak mustahil akan dikenakan lagi ‘caj’ tersembunyi oleh kerajaan negeri itu.

Lebih menyakitkan hati apabila caj yang dikenakan terlalu tinggi itu tidak setimpal perkhidmatan diperoleh penduduk di negeri itu.

Sememangnya adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diterima akal khususnya bagi rakyat berpendapatan rendah di negeri terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana