Polis Tahan Adam Adli, Syukri Razab Bersama Sama Gengnya Yang Lain...

KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli dan penyelaras Suaram, Syukri Razab ditahan polis di luar ibu pejabat polis Dang Wangi.

Mereka ditahan di hadapan media dan aktivis hak asasi manusia lain termasuk Datuk Ambiga Sreenavasan, anggota Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen dan Latheefa Koya.

Syukri dan Adam berada di sini untuk mengadakan pertemuan dengan polis Dang Wangi berhubung rancangan mereka bagi mengadakan bantahan di luar pusat membeli-belah Sogol bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meletakkan jawatan perdana menteri.

Ambiga dan LFL turut berada di sini berhubung perkara yang lain selepas polis memanggilnya untuk disoal siasat berhubung dakwaan kerana mengeluarkan kenyataan mengenai demonstrasi jalanan.

Peguam, Latheefa Koya berkata, pegawai yang mengendalikan Syukri mengatakan bahawa mereka diarahkan untuk menahannya kerana kesalahan hasutan.

"Ia tiada kaitan dengan pertemuan yang mereka buat mengenai himpunan itu. Kami diberitahu bahawa dia akan dibawa ke ibu pejabat polis Brickfields," tambahnya.

Mengenai Adam, aktivis itu ditahan semasa hendak memasuki keretanya.

Sebab penahanan Adli masih belum dikenal pasti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana