Orang Macam Ni Patut DiNyah Dulu.....Kuala Terengganu putuskan hubungan dengan Raja Kamarul Bahrin

SHAH ALAM: Hanya PAS Kuala Terengganu sahaja yang memutuskan kerjasama dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad selepas ahli Parlimennya itu diumumkan sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Terengganu.

ADUN Chukai, Hanafiah Mat berkata, pendirian PAS kawasan berkenaan mungkin diambil selepas Raja Bahrin hadir ke majlis hari raya anjuran gerakan berkenaan yang sekaligus menampakkan sokongannya terhadap GHB.

Semalam Raja Kamarul mendakwa beliau masih belum membuat sebarang keputusan tentang pelantikannya sebagai Pengerusi GHB Terengganu.

"Memang beliau sebut begitu, namun pada jamuan hari raya dan ceramah GHB di Besut, beliau telah diumumkan sebagai Pengerusi GHB Terengganu. Maka mereka (ahli-ahli PAS) ingat apabila diumumkan, seolah ada persetujuan.

"Bukan saja-saja mereka nak buat begitu kepada beliau. Sebab sepanjang perbincangan ahli-ahli parti, saya difahamkan jika Raja Kamarul tidak hadir di program GHB, maka beliau (dianggap) masih bersama dengan PAS Kuala Terengganu.

"Namun apabila beliau hadir dan diumumkan, maka mereka rasa sudah tidak ada harapan untuk bersama dengan beliau dan buat keputusan dalam mesyuarat untuk hilang kerjasama," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Terdahulu, Raja Kamarul menyatakan kekecewaannya selepas digelar 'pengkhianat' selepas namanya diumumkan sebagai Pengerusi GHB Terengganu.

Beliau 'hairan' mengapa dilayan sedemikian rupa sedangkan individu lain yang turut menyertai GHB tidak pula menerima nasib sepertinya.

Malah tindakan PAS Kuala Terengganu mengumumkan memutuskan hubungan dengannya pada malam menjelang majlis sambutan hari raya disifatkannya sebagai satu tindakan sabotaj.

PAS Terengganu sebelum ini mengumumkan memutuskan hubungan dengan Raja Kamrul dan mengarahkan ahlinya agar tidak menghadiri atau menyertai apa-apa program melibatkan ahli Parlimen itu.

Lebih mendukacitakan, Raja Kamarul terdahulu ditawarkan untuk menjadi ahli jawatankuasa PAS Kuala Terengganu, namun beliau menolak, ujar Hanafiah.

"Kita difahamkan oleh YDP PAS Kuala Terengganu bahawa beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan Raja Kamarul untuk bersama dengan AJK PAS Kuala Terengganu, namun beliau menolak jawatan itu dengan alasan sibuk dan hendak mengendalikan urusan di KL.

"Namun dalam masa sama, mereka nampak Raja Kamarul semacam terlibat dengan GHB dan ini membuatkan mereka kesal.

"Saya merayu kepada Raja Kamarul, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ADUN Batu Burok) dan rakan-rakan lain di dalam GHB kembali semula kepada PAS, seperti biduk berlalu kiambang bertaut. Maknanya kembali menyertai semula perjuangan yang asal untuk menumbangkan kerajaan Umno-BN," ujar Hanafiah lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana