Mat Sabu enggan layan peringatan Presiden PAS berhubung tindakan disiplin

Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu enggan melayan amaran daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tindakan disiplin yang akan diambil ke atas pemimpin dan anggota PAS yang menghadiri siri jelajah gerakan itu ke seluruh negara.

Malah, bekas timbalan presiden PAS itu berkata, beliau yakin amaran itu tidak akan menjejaskan rancangan GHB untuk meraih sokongan meluas rakyat negara ini termasuk penyertaan dari pemimpin serta anggota PAS sendiri. "Tentang pandangan presiden PAS itu, elok tanya beliaulah, kami tidak terikat dengan pandangan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas siri jelajah GHB ke Besut di Dataran PGU, Jerteh di Besut lewat Jumaat malam.

Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang juga bekas Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang dan Pengerusi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Terengganu Abdul Aziz Abbas selaku tuan rumah.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan teragak-agak untuk merujuk pemimpin dan anggota parti itu yang menghadiri siri jelajah GHB kepada lembaga disiplin parti kerana perkara itu dianggap tindakan negatif terhadap PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana