Mana mahu lari... editor Sarawak Report kini diburu

Mahkamah Kuala Lumpur telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle-Brown yang terlibat dengan aktiviti subversif kerana mahu berpakat mahu menganggu sistem demokrasi di Malaysia.
Waran tangkap tersebut diserahkan kepada PDRM untuk dilaksanakan.

Pengarah Siasatan Jenayah PDRM Datuk Seri Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata pengasas dan pengarang SR itu disiasat dibawah Seksyen 124B dan 124I Kanun Keseksaan.

"Kami akan melaksanakan waran tangkap itu dan meletakkan namanya dalam 'wanted list' Aseanapol dan Interpol," kata beliau.

Clare menubuhkan SarawakReport dan RadioFreeSarawak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib Mahmud melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Adenan Satem.

Selepas gagal misi di Sarawak, beliau bersama beberapa ahli perniagaan Malaysia dipercayai terlibat dalam satu konspirasi merosakkan sistem demokrasi di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana