Lagi....Beberapa Pemimpin PAS Melaka Bakal Sertai GHB

MELAKA 4 Ogos - Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka hari ini mendakwa beberapa pemimpin PAS di negeri ini bakal menyertai gerakan itu, kata Koordinatornya Adli Zahari.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka berkata, antara pemimpin yang bakal menyertai GHB itu ialah dirinya sendiri dan seorang lagi bekas pesuruhjaya PAS di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya pemimpin PAS yang terlibat akan mengumumkan hasrat mereka menyertai GHB kepada umum pada 'program jelajah' yang dianjurkan gerakan itu pada Jumaat ini di sini.

"Program itu akan turut disertai beberapa pemimpin parti politik pembangkang daripada DAP dan PKR serta pemimpin NGO," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong dari DAP, Goh Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Melaka.

Ditanya tentang tindakan oleh PAS pusat terhadap ahli PAS Melaka yang menyertai GHB, Adli berkata setakat ini tiada isu pemecatan dalam kalangan pemimpin atau anggota PAS di negeri ini kerana menyertai gerakan itu.

"Ia terpulang kepada kepimpinan PAS untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana