Kaki tukang cuci tersangkut dalam eskalator, terpaksa dipotong

SHANGHAI: Kaki seorang tukang cuci terpaksa dipotong setelah terlekat di sebuah eskalator di sebuah pasaraya pada Sabtu (1 Ogos) malam.

Ketika kejadian, lelaki berusia 35 tahun itu sedang membersihkan anak-anak tangga di eskelator terletak di level bawah tanah.

Laporan dari Xinmin Evening News melaporkan eskalator yang dibuat oleh Shanghai Mistubishi Elevator dihentikan serta merta dan lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital.

Namun kakinya tidak dapat diselamatkan kerana terlalu parah dan doktor terpaksa memotongnya.

Kejadian berlaku semasa pasaraya itu telah ditutup.

Kejadian ini menjadi insiden ketiga yang melibatkan tragedi eskalator di China dalam masa satu minggu, menyebabkan perasaan paranoid orang ramai dalam negara terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana