Jika RM 2.6 billion rompak wang rakyat saya sendiri akan jatuhkan Presiden UMNO...

Lojik akal kata mana mungkin menteri yang ramai-ramai dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak nak cari penyakit jika mereka sendiri sudah dapat cium 'bangkai' yang tidak dapat ditutup dalam isu 1MDB.
Datuk Nur Jazlan Mohamad misalnya yang baru dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri.Selaku bekas Pengerusi PAC beliau sendiri sudah baca laporan interim yang disediakan oleh Ketua Audit Negara.Jangan lupa beliau juga seorang akauntan.

Begitu juga dengan lain-lainnya.Kalau betul RM42 billion sudah lesap diangin lalu - kata orang - tidak ada cara ia boleh disorok dari pengetahuan ramai.

Ini antara mesej Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada program Dailog di TV1 Selasa malam.

Dalam kontek ini beliau secara terbuka menegaskan pendiriannya jika benar RM2.6 billion yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hasil rompakan wang rakyat.

Katanya beliau sendiri dan ahli-ahli UMNO akan bangkit jatuhkan Presiden UMNO.

"Kalau wang RM 2.6 billlion ini duit rakyat..dirompak..tak payah Clare Brown...Wall Street Journal..Sarawak Report nak jatuhkan Presiden UMNO...saya dan orang UMNO sendiri akan jatuhkan dia,"katanya pada program yang disiar secara langsung itu.

Sebaliknya ,kata beliau sudah terbukti menerusi siasatan oleh SPRM wang RM2.6 billion itu adalah dari penderma bukan wang 1MDB.

Rahman gembira kerana nama Presiden UMNO telah dibersihkan dari dakwaan itu dengan pengumuman hasil siasatan SPRM.

Beliau berpendapat pihak pembangkang khususnya perlu meminta maaf kepada Perdana Menteri kerana buat tuduhan yang terbukti tidak benar.

Apapun katanya selepas SPRM buat kenyataan itu,pembangkang sudah alihkan pula dakwaan soal duit itu kepada hal-hal lain termasuk nak tahu siapa penderma berkenaan.

Beliau mengingatkan soal nama penderma bukan isu pokok kerana yang utama ialah wang itu bukan 'dirompak " dari 1MDB dan itulah yang sebelum ini jadi dakwaan asal.

"Kita harus berlaku adil,bila ada tuduhan seperti ini kita tidak boleh menyanyi dan menari lagu pembangkang...kita kena siasat...bila ada keputusan (SPRM) dibuat kita kena hormat keputusan itu,"katanya.

Rahman juga minta rakyat tanya dua soalan saja mengenai 1MDB untuk mencari jawapan mengenai pelbagai dakwaan berhubung pelaburan 1MDB dalam Petro Saudi International yang sebelum ini menjadi isu cukup kontroversial.

Wang dari urusan itu yang didakwa disonglap masuk ke akaun Najib.

Menteri itu mengakui jika beri penjelasan yang terlalu detail orang kampong mungkin tidak faham dan sebaliknya jika terlalu ringkas orang bandar pula dakwa ini semua temberang.

"Tanya dua soalan kepada 1MDB...berapa banyak pelaburan masuk ke Petro Saudi...saya tahu jawapannya AS$1.9 billion.

"Soalan kedua berapa banyak 1MDB dapat balik dari pelaburan itu.

"Saya pun tahu jawapannya ..saya tahu sebab ia telah diumumkan iaitu AS $2.38 billion,"katannya.

Rahman menegaskan kalau jumlah pelaburan AS$1.9 billion dan dapat balik AS$2.3 billion...bagaimana nak kata wang 1MDB hilang sedangkan ia dapat keuntungan AS$488 juta.

Baginya lain-lain cerita yang berlegar pasal Petro Saudi termasuk kisah ahli perniagaan Jho Low berpesta dengan Paris Hilton,kisah akaun di Cayman Island dan sebagainya cuma ' nasi tambah' pembangkang untuk sedapkan dakwaan.

Pokok pangkalnya AS$ 1.9 billion pelaburan...dapat balik AS $2.38 billion...untung AS$488 juta.

Rahman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengakui beliau lebih merasa selesa jika wang sumbangan politik untuk parti dimasukan ke dalam akaun Presiden.

Beliau memberitahu selepas letak jawatan dulu,bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah serahkan RM1.4 billion wang parti kepada Tun Abdullah Badawi.

Katanya bekas Presiden UMNO itu mengakui beliau berdepan dengan masalah mendapat baki wang parti yang dipegang oleh proksi dan penama.

Rahman mengambarkan antara kerumitan yang timbul misalnya ada penama yang bercerai dan isteri dakwa wang itu bukan milik UMNO.

Dalam pada itu ada penama yang liat nak serah balik duit.

Mengenai mengapa jumlah yang yang banyak diperlukan sekarang,menteri itu kata cabaran politik pada zaman Najib ada jauh lebih getir dari zaman Dr Mahathir lebih-lebih lagi dengan adanya media sosial.

Contohnya masa menjelang PRU13, ada empat negeri - Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah yang perlu ditampung untuk ditawan kembali.

Sedangkan zaman Dr Mahathir hanya Kelantan saja yang dibawah PAS sementara tiga negeri lain itu dibawah BN.

Beliau meminta semua orang faham perbezaan senario politik ini dalam kontek sebenar dan tidak membuat dakwaan melulu tanpa melihat pada fakta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana