Jangan guna kebebasan media untuk sebar fitnah - TPM

BAYAN BARU: Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap dalang yang menyebarkan fitnah dan memutar-belitkan fakta terutamanya di media sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap dalang bertindak menyebarkan fitnah selepas terdapat dakwaan bahawa kerajaaan akan menyekat penggunaan media sosial mulai Selasa ini.

"Tiada kompromi bagi mana-mana media yang bertindak memutar belit fakta di bawah pimpinan saya,” kata Ahmad Zahid ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bayan Baru, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya telah mengarahkan polis menyiasat dakwaan tersebut dan meminta pihak yang tidak bertanggungjawab itu menarik balik kenyataan berhubung sekatan tersebut kerana ia tidak berasas.

"Jangan buat fitnah bodoh, laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ... jangan rosakkan nama seolah-olah saya tidak faham perundangan atau bertujuan untuk semua pengendali media membenci saya," katanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan kebebasan media yang diberikan dengan menjadi agen penyebar fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana