Isu air: Azmin tidak berkeupayaan mentadbir, kata Khalid

Kerajaan Selangor boleh dianggap mengkhianati janji manifesto mereka dalam dua kempen pilihan raya umum yang lalu sekiranya pemberian air percuma kepada semua penduduk negeri itu dibatalkan, kata bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

ADUN Pelabuhan Klang itu berkata pada masa sama, tindakan sedemikian juga akan mempamerkan ketidakupayaan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam mencapai keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kewangan negeri.

"Ia bakal menyerlahkan ketidakupayaan menteri besar mencapai keseimbangan serentak antara menyediakan kusyen dalam mengharungi kenaikan kos sara hidup dan memastikan belanjawan berimbang dan pengumpulan rizab berterusan.

"Ini sangat bercanggah dengan ura-ura kononnya pemberian air percuma akan dinaikkan pada 40 meter padu sebaik penstrukturan selesai seperti diumumkan menteri besar Disember lalu," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya menghukum seluruh rakyat Selangor hanya kerana segelintir pengguna tidak memanfaatkan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu.

Katanya, kredibiliti pembangkang sebagai kerajaan negeri juga akan turut dipersoalkan kerana program berkenaan diperkenalkan mereka sendiri.

Azmin pada Isnin berkata, Selangor mahu meneliti semula pemberian air percuma 20 meter padu sama ada program itu benar-benar menepati hasrat asal yang bertujuan membantu rakyat.

Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri menerima rungutan program yang menelan belanja RM120 juta setahun itu tidak dimanfaatkan sebilangan rakyat.

"Dia guna bukan untuk diri dia tetapi berkebun, kolam renang sedangkan rakyat miskin yang tiada kolam air tidak mendapat manfaat," katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Shah Alam Isnin lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana