Ini sudah kes berat.....PAS putus hubungan dengan wakil rakyat sendiri...

Ini sudah kes berat... selepas PAS Kuala Terengganu buat keputusan untuk 'bercerai' dengan wakil rakyat yang mereka usung pada PRU13, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah selepas beliau didakwa dilantik sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Terengganu.
Setiausahanya, Mohd. Said Mat Ali berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat PAS Kuala Terengganu setelah mengambil kira perkembangan terbaharu yang berlaku.

“PAS kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1 Ogos berpegang kepada pekeliling isu GHB yang dikeluarkan PAS Pusat bertarikh 29 Julai,'” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, parti itu tidak akan menggabungkan diri, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen itu, dan meminta semua anggota patuh kepada arahan itu.

Perkembangan terbaharu ini mulai menyerlahkan bibit perpecahan dalam kepemimpinan PAS di negeri ini yang pada awalnya dilihat dalam keadaan masih padu.

Pada 30 Julai lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada semua wakil rakyat PAS dan pemimpin parti itu agar jangan menyertai sebarang program anjuran GHB yang sedang digerakkan sebagai parti alternatif menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Abdul Hadi menjelaskan, perkara itu telah diputuskan oleh kepemimpinan parti berkenaan sehari sebelum itu sambil mengingatkan bahawa mereka yang ingkar bakal berdepan tindakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Dalam majlis sambutan Aidilfitri dan Penerangan GHB di Jerteh, Besut Jumaat lalu, nama Raja Kamarul Bahrin diumumkan oleh pengerusi majlis sebagai peneraju GHB di negeri ini, namun beliau yang turut kelihatan hadir, tidak berada di pentas.

Sementara itu pada hari ini ketika diminta pengesahan dalam majlis rumah terbuka Aidifitri bersama dengan Ahli Dewan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Raja Kamarul Bahrin Shah bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengesahan manakala Syed Azman pula menafikan turut menyandang apa-apa jawatan.-3/8/2015

Berikut disiarkan kenyataan tersebut

Assalamualaikum Wrt Wbt

Kepada Semua Ahli PAS Kawasan Kuala Terengganu

Tuan/puan,

Pendirian PAS Kawasan Kuala Terengganu Terhadap YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu)

Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31.7.2015 di Jerteh Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 rujukan : PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan.

Sekian, terima kasih

"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

Yang Menjalankan Amanah,

MOHD SOUD @ SAID @ MAT ALI
Setiusaha PAS Kawasan KT

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana