GHB tidak beri kesan kepada PAS, kata PAS Kedah

SHAH ALAM: Pergerakan wadah baru oleh kumpulan progresif PAS yang nekad menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak memberikan ancaman sepertimana dibayangkan hingga menyangka PAS akan pupus, demikian kata Pesuruhanjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

"Sama ada mereka akan pecah undi, yang itu kita tak dapat nak jangka lagi. Kita pun tidak tahu dia nak masuk pilihan raya ke tak masuk, atau dia nak tubuh parti politik betul-betul ke atau dia gempar sahaja. Politik ni macam-macam", katanya seperti yang dilaporkan dalam laman web rasmi PAS.

PAS Kedah katanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap GHB yang dijadualkan akan ditubuhkan secara rasmi 14 September depan.

"Jadi kalau kita tak kenal, payah kita nak cakap. Bila kenal baru mudah bercakap. Jadi kalau kita buat kesimpulan ni, kena tengok gelung (pagar) tu dululah, bukan kita pakai pergi langgar yang belah orang. Kita kena tengok, kenal dulu.

"Kita pergi tengok sempadan kita di mana, barulah kita boleh pergi turun ke bendang begitu. Kalau kita pergi langkah gelung orang, masalah. Kita kena kenal dululah," katanya.

Ahmad Fakhruddin dalam pada itu tidak melarang ahli PAS Kedah untuk menghadiri sesi ceramah atau program yang dianjurkan GHB namun perlu bersikap matang.

"Bagi PAS kita terbuka, tidak ada halangan. Dia nak ceramah ke, pergi la. Cuma kita nasihatkan supaya kena cerdik. Macam bila orang nak mengail, kita anak ikan kena cerdik tengok umpan tu jangan kita pergi tokok (makan) semua, tokok lekat, habis! Tokok sikit-sikit saja, jangan bagi makan kail," katanya lagi.

Kenyataan Ahmad Fakhruddin itu nyata tidak selari dengan kenyaan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 30 Julai lalu yang mengingatkan ahli parti, terutama golongan pemimpin, supaya mengelak menyertai kegiatan dianjurkan oleh GHB.

Hadi berkata, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan parti supaya mengelakkan diri daripada kegiatan GHB, terutama bagi ahli Parlimen dan ADUN PAS.

PAS katanya sedang memantau pergerakan pemimpinnya di setiap negeri dan ahli yang melanggar arahan akan dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana