Fitnah nak sekat laman sosial: Jangan main-main dengan saya...kata TPM
Perbuatan ini memang sengaja nak cetuskan kemarahan ramai.
Angin tidak ...apa tidak tiba-tiba nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi disebar konon beliau nak sekat laman sosial mulai Jumaat ini.
Kita boleh faham sangat kalau beliau sendiri marah dengan fitnah yang serius ini.
"Saya tidak bagi amaran tetapi saya akan mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.
"Jangan rosakkan nama saya dengan tujuan untuk memperlihatkan seolah-olah saya tidak faham perundangan," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.
Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang Ahad.Serentak dengan itu Zahid minta pihak berkenaan menarik balik.
”Saya serius mengenai perkara ini.Jangan main-main dengan saya serta jangan buat fitnah terhadap pemimpin negara atau mana-mana parti," katanya.
Beliau mengingatkan semua pihak jangan cuba menggunakan kebebasan media untuk menyebarkan fitnah.

Comments